Hati Salah 'hancur' Liverpool gagal ke Liga Juara-Juara

Hati Salah ‘hancur’ Liverpool gagal ke Liga Juara-Juara

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Mohamed Salah mendedahkan, dia benar-benar ‘hancur’ kerana terlepas tiket Liga Juara-Juara dan berkata, Liverpool tidak mempunyai alasan untuk gagal meraih kedudukan empat teratas.

Kemenangan 4-1 Manchester United ke atas Chelsea awal pagi tadi bermakna harapan tipis Reds untuk ke saingan kelab elit Eropah telah padam selepas musim yang mengecewakan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp telah membayar harga tinggi kerana prestasi buruk di pertengahan musim biarpun cuba melakukan kebangkitan dengan mengharungi 10 perlawanan terakhir tanpa kalah, termasuk rentetan tujuh kemenangan.

United akan menyertai juara liga, Manchester City, Arsenal dan Newcastle untuk bersaing dalam kelompok elit Eropah musim depan.

“Saya benar-benar hancur.

“Tidak ada alasan sama sekali untuk ini. Kami mempunyai segala yang kami perlukan untuk mara ke Liga Juara-Juara tahun depan dan kami gagal.

“Kami adalah Liverpool dan perlu layak ke pertandingan itu. Saya minta maaf tetapi terlalu cepat untuk tidak merasa kecewa atau optimistik.

“Kami mengecewakan anda dan diri kami sendiri,” kata Salah yang menjaringkan 30 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Musim depan akan menjadi kali pertama Liverpool tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara sejak Salah menyertai kelab itu pada 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya