Harimau Selatan buru 'mangsa' baharu'

Harimau Selatan buru ‘mangsa’ baharu’

PEMAIN JDT berjaya meneruskan rentak kemenangan.-IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Turunkanlah barisan pemain mana sekali pun, Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap menjadi pilihan untuk menang apabila berdepan Penang FC dalam suku akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Memiliki barisan simpanan setanding skuad utama, malah memenangi semua 12 aksi Liga Super berturut-turut meletakkan JDT bukan sahaja pilihan mengalahkan Penang FC, malah mempertahankan kejuaraan.

Ketua jurulatihnya, Esteban Solari berkata, Harimau Selatan kini berada di prestasi terbaik dengan meledak 49 gol dalam aksi liga dan hanya dibolosi sekali.

Mengenai kesebelasan utama yang bakal diturunkan, beliau menegaskan, mana-mana pemain bersedia untuk beraksi, termasuk di barisan simpanan.

“Semua pemain sudah bersedia dan tidak sabar untuk menentang Penang FC, apa pun saya harap mereka juga sedia berdepan sebarang kemungkinan.

“Mereka kena ingat, setiap perlawanan berbeza dan perlu sentiasa waspada,” katanya.

Katanya, memasuki suku akhir, cabaran yang dihadapi Harimau Selatan pasti lebih sukar berbanding di peringkat awal.

“Pasukan lawan akan memberikan segalanya untuk mencipta kemenangan.

“Seperti yang kita sedia maklum, Penang FC pasukan yang mempunyai strategi yang baik dan dibarisi pemain yang pantas, faktor ini akan memberikan kesukaran kepada kita.

“Semua pemain perlu menunjukkan komitmen penuh dan memberikan aksi yang terbaik untuk melangkah ke pusingan separuh akhir,” katanya.

JDT memenangi Piala FA kali ketiga musim lalu selepas menewaskan Terengganu FC 3-1 dalam final di Stadium Nasional Bukit Jalil, 10 September lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya