Hanya penjaga gol posisi selamat – Klopp

Hanya penjaga gol posisi selamat – Klopp

KEDUDUKAN Alisson Becker sebagai penjaga gawang No. 1 Liverpool tidak akan tergugat musim depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Jurgen Klopp mengakui, Liverpool akan melakukan rombakan di semua posisi musim depan ke­cuali penjaga gol.

Pengurus Liverpool itu akan mengucapkan selamat tinggal yang penuh emosi kepada empat tonggak mereka, James Milner, Roberto Firmino, Alex Oxlade-Chamberlain dan Naby Keita, sekali gus membuka bab baharu untuk kelab itu.

Reds bakal membawa ma­suk beberapa muka baharu apabila pintu perpindahan dibuka, dengan Alexis Mac Allister, Mason Mount dan Matheus Nunes menjadi sasaran di bahagian tengah.

Pengarah Sukan Liverpool yang baharu, Jorg Schmadtke juga dijangka terbabit dalam proses menandatangani pemain.

Kata Klopp, bukan bahagian tengah sahaja akan mengalami perubahan, malah mereka juga menyasarkan pertahanan tetapi tidak menyebut tentang serangan.

(Dari kiri) Alex Oxlade-Chamberlain, Naby Keita, James Milner dan Roberto Firmino akan meninggalkan Liverpool hujung musim ini.

“Kami melihat semua posisi (untuk dirombak) ketika ini, kecuali penjaga gol.

“Ya, jika ada (pemain pertahanan) yang bagus di luar sana, saya tidak akan menolak. Kami melihat semua kawasan padang, pastinya,” kata jurulatih dari Jerman itu.

Ketika ini, Alisson Becker menggalas tugas penjaga gol No. 1 Liverpool, manakala Caoimhin Kelleher menjadi penjaga gol kedua.

Mengenai kemasukan Schmadtke bagi menggantikan Julian Ward, Klopp enggan mengulas sama ada ia akan merubah polisi kelab,

“Schmadtke, saya telah lama mengenalinya. Dia juga mengenali saya, kerjaya kami bermula dalam masa hampir sama. Saya menjadi jurulatih di Mainz dan dia menjadi pe­ngarah sukan di Aachen.

“Dua pasukan yang mempunyai status yang sama, jadi dari situ kami mengenali satu sama lain sedikit sebanyak. Saya tahu dia seorang yang baik dan bijak,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya