Haaland mahu jadi sebahagian sejarah treble City

Haaland mahu jadi sebahagian sejarah treble City

ERLING Haaland dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Erling Haaland memasang misi untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Manchester City memburu kejuaraan treble musim ini.

Penyerang sensasi Norway itu melaungkan azam tersebut sejurus selepas dinobat sebagai Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) di London semalam.

Haaland, 22, telah meledak 52 gol dalam 51 perlawanan musim ini sejak tiba di Etihad dari Borussia Dortmund dengan perpindahan 51 juta pound (RM272 juta).

Dia berpeluang menambah jaringan dalam aksi terakhir liga menentang Brentford esok.

City akan menentang Inter Milan di Istanbul dalam final Liga Juara-Juara pada 10 Jun, seminggu selepas berdepan Manchester United pada perlawanan akhir Piala FA.

“Ada dua lagi perlawanan akhir, kami perlu kekal fokus walaupun sudah menjuarai Liga Perdana.

“Saya akan melakukan segala yang termampu untuk memena­ngi kedua-dua perlawanan akhir.

“Ia perkara positif bila kami diletak sebagai pilihan kerana itu bermakna kami mempunyai kualiti,” katanya.

Haaland menerima 82 peratus undian untuk merangkul anugerah FWA, 75 tahun selepas Sir Stanley Matthews memenangi trofi pertama.

“Saya memang menjangkakan untuk melakukan perkara yang baik tetapi tidak sangka ia sehebat ini,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.