Haaland cipta rekod, City kembali pintas Arsenal

Haaland cipta rekod, City kembali pintas Arsenal

ERLING Haaland meledak gol ke-35 dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Erling Haaland muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris sepanjang masa dalam satu musim ketika membantu Manchester City West Ham 3-0 sekali gus kembali merampas takhta liga.

Penyerang sensasi Norway itu meledak gol ke-35 dalam 31 perlawanan untuk mengatasi rekod dua legenda England, Andy Cole dan Alan Shearer .

Cole dan Shearer sebelum ini berkongsi rekod penjaring terbanyak untuk satu musim iaitu 34 gol yang dilakukan pada 1993-1994 serta 1994-1995 – kedua-duanya dalam 42 perlawanan.

City kini mendahului satu mata di depan Arsenal dan masih berbaki satu perlawanan dalam tangan.

Haaland juga mencipta rekod dengan meledak gol ke-51 dalam kesemua kejohanan pada musim pertamanya bersama City.

“saya tidak memikirkan mengenai rekod, saya mungkin akan berkecamuk (jika terus memikirkan mengenainya).

“Saya akan pulang ke rumah, bermain permainan video, makan dan kemudian tidur,” kata Haaland.

Pemain berusia 22 tahun itu diberi penghargaan oleh rakan-rakan sepasukan ketika meninggalkan padang selepas tamat permainan.

“Dalam bola sepak, apabila terdapat perkara istimewa, kami perlu menunjukkan betapa ia istimewa.

“Kami gembira dengannya kerana dia mudah bekerja bersama dan semua orang gembira apabila dia bersama kami. Rekod itu akan diperbaharui pada masa depan, mungkin olehnya juga,” kata pengurus City, Pep Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya