JAKARTA: Empat legenda bola sepak yang pernah meraih kejayaan di pelbagai peringkat pertandingan teruja dipanggil melatih pemain-pemain muda Indonesia.
Roberto Carlos, Juan Sebastian Veron, Marco Materazzi dan Eric Abidal berkunjung ke Jakarta untuk menurunkan ilmu kepada Garuda Muda.
“Saya datang atas undangan Ketua Umum PSSI (Persatuan Bola Sepak Indonesia), Erick Thohir.
“Saya akan ke Jakarta untuk memberi latihan khusus buat pemain bola sepak muda. Jumpa nanti, Indonesia,” ujar Carlos yang menjulang Piala Dunia 2002 bersama Brazil.
Dia juga pernah meraih tiga gelaran Liga Juara-Juara ketika menyarung jersi Real Madrid.
Materazzi yang membantu Itali merangkul Piala Dunia 2006 turut menyuarakan keterujaan dapat melatih pemain muda Indonesia.

Selain dua pemain itu, bekas bintang Argentina dan Manchester United, Veron gembira dapat berkongsi ilmu dengan generasi baharu.
“Saya datang untuk melihat dan memberi latihan khusus kepada bintang masa depan Indonesia,” kata Veron.
“Saya Eric Abidal, saya ingin memberitahu bahawa kedatangan ke Jakarta adalah untuk memberi pendidikan khusus kepada pemain bola sepak muda yang berusia 16 dan 17 tahun,” kata Abidal dalam satu video ringkas.
4 Legenda Sepakbola Dunia Didatangkan Erick Thohir untuk Latih Pemain Muda Indonesia, Ada Roberto Carlos hingga Marco Materazzi!
Ga banyak omong, ga perlu olah kata, langsung kasih yg terbaik.
Erick Thohir bukan pemimpin kaleng-kaleng.https://t.co/WgFqgHOnWK pic.twitter.com/T3jiSBPUZG— Chusnul ch💞timah (@ch_chotimah2) May 30, 2023
Abidal yang merupakan tonggak Perancis ketika muncul naib juara dunia 2006 pernah menyarung jersi Barcelona pada zaman kegemilangannya.
Keempat-empat pemain tersebut hadir dalam acara Brimo Future Garuda (BUMN) yang berlangsung di Jakarta bermula semalam sehingga Jumaat ini.
Dalam projek kerjasama antara PSSI dan BUMN itu, pemain muda dari pelbagai kelab di Indonesia akan menerima penyertaan sebagai peserta latihan, antaranya lima pemain dari Bali United Bawah 16 Tahun. – AGENSI