Dua emas hoki padang mampu kurangkan tekanan Malaysia

Dua emas hoki padang mampu kurangkan tekanan Malaysia

HOKI lelaki akan bertemu Indonesia dalam perlawanan akhir selepas membedil Thailand 5-0 di Phnom Penh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Pada ketika cabaran kontinjen negara untuk memenuhi sasaran 40 pingat emas Sukan SEA 2023 dalam keadaan kritikal, kemampuan skuad hoki padang lelaki dan wanita memenuhi misi misi emas amat ditagih.

Hari ini, pasukan lelaki bimbingan Amin Abdul Rahim membelasah Thailand 5-0 di padang hoki Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, Phnom Penh untuk mengesahkan tiket ke perlawanan akhir.

Biarpun memenangi aksi round robin ketiga berturut-turut, namun bakal berdepan Indonesia dalam perebutan emas esok menghadirkan rasa ‘gerun’ kerana negara itu telah mengecewakan skuad hoki dalam dewan daripada membawa pulang pingat emas.

“Paling penting untuk pasukan adalah disiplin selain konsisten dalam setiap perancangan pasukan yang dirancang supaya tidak memberi ruang dan peluang kepada pasukan lawan menguasai permainan.

SKUAD wanita turut melangkah ke perlawanan akhir dan memberi harapan kepada Malaysia untuk memenangi emas berganda dalam hoki padang.

“Untuk pertemuan dengan Indonesia esok (hari ini), kami perlu terus mengekalkan disiplin serta konsisten sepanjang perlawanan.

“Pemain juga harus bijak dan tidak memberi harapan kepada lawan atau menghidu peluang yang boleh digunakan mereka apabila kami bertemu sekali lagi di pentas final nanti,” katanya Amin.

Skrip sama juga turut dilakar anak-anak buah Nasihin Nubli apabila cemerlang mengumpul sembilan mata daripada tiga perlawanan dalam saingan wanita selepas mengalahkan Thailand 3-0.

Seperti pasukan lelaki, pemain wanita juga akan membuat perhitungan dengan Indonesia untuk penentuan emas hari ini.

Pada saingan dalam dewan, hoki wanita yang diletak harapan emas kecundang kepada Thailand di final.

Malaysia merupakan kuasa besar hoki pada Sukan SEA dengan memegang rekod memenangi 16 pingat emas sejak edisi 1971 di Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya