'Dewa bola' bantu Brighton kalahkan United

‘Dewa bola’ bantu Brighton kalahkan United

ALEXIS Mac Allister meledak gol kemenangan Brighton menerusi sepakan penalti pada minit ke-99. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi mengucapkan terima kasih kepada ‘dewa bola’ selepas sepakan penalti Alexis Mac Allister pada minit ke-99 membantu mereka menum­paskan Manchester United 1-0 dalam aksi dramatik Liga Perdana Inggeris semalam.

Pengendali United, Erik ten Hag pula melihat kekalahan itu de­ngan perasaan ‘ngeri’ selepas video bantuan pengadil (VAR) menghadiahkan penalti kepada lawan kerana bola terkena ­tangan Luke Shaw.

Bagi Brighton, kemenangan itu melunaskan dendam terhadap United atas kekalahan mereka menerusi penentuan sepakan penalti pada separuh akhir Piala FA, bulan lalu.

PEMAIN Brighton meraikan kemenangan ke atas Manchester United.

“Ada ‘dewa’ bola sepak. Kami berhak menang malam ini ­seperti mana kami sepatutnya memenangi separuh akhir Piala FA tetapi kalah menerusi penentuan sepakan penalti.

“Dalam kedua-dua perlawanan, saya rasa kami bermain lebih bagus daripada United.

“Keputusan sebelum ini tidak adil tapi sekarang kami berjuang memburu tempat dalam ­saingan Eropah. Kami ada enam lagi perlawanan untuk diharu­ngi,” kata De Zerbi.

Kemenangan itu meletakkan Brighton di tangga keenam liga, kedukan untuk slot ke Liga ­Europa musim depan.

PEMAIN Manchester United kecewa kalah kepada Brighton.

Sementara itu, Ten Hag me­ngakui, kekalahan Red Devils amat menjengkelkan, apatah lagi ia berlaku di saat akhir.

Kekalahan itu juga dikhua­tiri menjejaskan peluang mereka memburu tiket Liga Juara-Juara selepas mengatasi Liverpool dengan empat mata dan berke­lebihan satu perlawanan.

“Setiap kekalahan amat mengecewakan tetapi tewas di saat terakhir sangat menjengkelkan.

“Kami mencipta peluang yang baik, namun tidak cukup klinikal.

“Kemudian ketika ­me­lan­carkan serangan kami melepaskan banyak peluang keemasan.

“Dan pada akhirnya, kami juga memberi gol kepada lawan dan itu menjengkelkan kerana jika anda tidak boleh menang maka anda jangan kalah,” kata Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.