Casemiro pujuk Neymar sertai United

Casemiro pujuk Neymar sertai United

NEYMAR ketika beraksi di Piala Dunia Qatar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain tengah Manchester United, Casemiro sedang memujuk rakan senegaranya, Neymar untuk berpindah ke Old Trafford, sekali gus menolak tawaran satu lagi kelab pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United.

Setakat ini, difahamkan beberapa pihak sedang berusaha untuk membawa pemain berumur 31 tahun itu ke kelab kendalian Eddie Howe di Newcastle.

The Magpies mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan ketika musim masih berbaki satu perlawanan, dan United mampu mengikut jejak mereka apabila berdepan Chelsea minggu ini.

Kedua-dua kelab itu pasti akan sibuk menjelang jendela perpindahan musim panas ini dan mula dikaitkan dengan nama-nama besar termasuk bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar.

Awal bulan ini, lembaga pengarah Newcastle berminat membawa Neymar ke EPL dengan faktor kewangan bukan satu masalah buat kelab yang dibiayai jutawan Arab Saudi itu.

PSG dikatakan meletakkan harga 75 juta pound (RM427.01 juta) untuk melepaskan Neymar pada musim panas ini.

Manchester United juga terdesak membawa nama besar ke Old Trafford dan Casemiro memainkan peranan untuk memujuk Neymar menyertai skuad kendalian Erik Ten Hag.

Jika Casemiro akhirnya berjaya dan Manchester United memenangi pertarungan perpindahan untuk mendapatkan Neymar, Newcastle tidak seharusnya terlalu gusar.

Walaupun bekas tonggak Barcelona itu kekal sebagai salah seorang pemain terbaik di dunia, namun rekod kecederaannya sejak beberapa tahun lalu kekal sebagai masalah utama.

Neymar hampir menjadi jaminan untuk beraksi di EPL namun, masalah kecederaan benar-benar boleh menjejaskan perancangan dan misi mana-mana kelab yang dia sertai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya