Bukan main teruk, Malaysia bernasib buruk

Bukan main teruk, Malaysia bernasib buruk

DUA layangan kad merah dan keadaan permukaan padang yang teruk menyebabkan Malaysia tumpas 1-2 kepada Vietnam dalam aksi ketiga Sukan SEA 2023 di Phnom Penh kelmarin, sekali gus gagal ke separuh akhir. - IHSAN MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Prestasi teruk, keputusan pengadil berat sebelah dan padang buruk akibat hujan lebat, semua faktor itu menjadi punca Malaysia gagal melangkah ke separuh akhir bola sepak lelaki Sukan SEA 2023.

Skuad negara ditunjukkan jalan keluar oleh Vietnam selepas tumpas 1-2 pada aksi ketiga Kumpulan B di Phnom Penh kelmarin.

Kegagalan mara ke separuh akhir mengulangi keputusan di Hanoi, tahun lalu dan memanjangkan penantian Malaysia untuk meraih ‘ibu segala pingat’ sejak kali terakhir
muncul juara pada 2011.

Pengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, E. Elavarasan mengakui, permukaan padang becak susulan hujan lebat sepanjang perlawanan menyebabkan pemainnya gagal mempamer prestasi sebenar.

Biarpun Malaysia menutup saingan dengan dua pemain dilayangkan kad merah, beliau sebolehnya enggan menyentuh isu pengadilan.

“Pasukan memang sasar untuk pencapaian minimum pergi ke perlawanan final, jadi prestasi yang kita tunjuk (berdepan Vietnam) sepatutnya boleh membawa kita ke
sana.

“Begitupun dalam keadaan seperti ini kita kena terima keputusan yang diraih dan tidak wajar untuk persoalkan keputusan pengadil tetapi jika dia berpengalaman, dia tahu keadaan cuaca akan mempengaruhi perlawanan,” jelas Elavaran.

Kekalahan ini meletakkan Malaysia kekal di kedudukan ketiga dengan mengumpul tiga mata selepas tiga perlawanan dan gagal lolos ke separuh akhir.

Skuad negara akan melengkapkan perlawanan terakhir Kumpulan B dengan menentang Singapura esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya