Arteta bergelut pulihkan semangat pemain Arsenal

Arteta bergelut pulihkan semangat pemain Arsenal

ARSENAL tidak boleh tewas lagi apabila berdepan Chelsea di Emirates esok atau harapan untuk mencabar Manchester City dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris musnah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mikel Arteta tidak pasti apakah dengan memena­ngi semua baki lima perlawanan memadai untuk membawa Arsenal merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh hampir dua dekad.

Begitupun dia mengakui, menggalas tugas berat untuk memulihkan semangat pemainnya selepas kekalahan 4-1 kepada Manchester City, Khamis lalu bagi memastikan baki musim dapat diharungi dengan baik.

Pertemuan menentang Chelsea di Emirates esok bakal me­nguji mental anak-anak buah Arteta yang tidak sepatutnya mengalah selagi peluang masih ada.

Gunners menerajui liga sejak Februari lalu tetapi keciciran mata dalam tiga perlawanan menentang Liverpool, West Ham dan Southampton menjejaskan langkah mereka sebelum kalah kepada City.

“Saya tidak tahu apa yang diperlukan (merampas kedudukan teratas liga). Yang pasti saya perlu menaikkan semangat pemain terlebih dahulu kerana mereka sangat menderita selepas kalah kepada City,” kata pengurus Arsenal itu.

Gabriel Jesus dan Oleksandr Zinchenko yang pernah menjulang empat kejuaraan liga ketika bersama City mampu menjadi watak penting untuk menaikkan motivasi pasukan.

Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale turut menyeru rakan-rakan agar tidak berputus asa dan mengekalkan mentaliti kuat.

“Kami tidak boleh berasa kasihan kepada diri sendiri. Kami akan mengatasinya dan pengurus akan melakukan apa yang perlu. Hanya beritahu kami apa harus dilakukan.

“Selepas mengharungi sembilan bulan yang hebat kami tidak boleh berputus asa dalam baki lima perlawanan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya