Arsenal wajib kalahkan Newcastle atau lupakan trofi EPL

Arsenal wajib kalahkan Newcastle atau lupakan trofi EPL

KEKALAHAN 2-0 kepada Newcastle dalam aksi terakhir di St. James’s Park, Mei tahun lalu masih membayangi Arsenal menjelang kunjungan ke stadium yang sama hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal perlu bermain jauh lebih baik berbanding ketika tewas 2-0 di St. James’s Park tahun lalu apabila berdepan Newcastle United hari ini jika mahu mengekalkan harapan untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Pengurus Gunners, Mikel ­Arteta berkata, kekalahan kepada Newcastle musim lalu telah memusnahkan impian Arsenal untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Arsenal menutup musim lalu di tangga kelima , manakala Newcastle berada di kedudukan ke-11 sebelum diambil alih oleh Eddie Howe.

Kali ini, Gunners bertandang ke Newcastle dengan berada di tangga kedua, manakala The Magpies berada pada kedudukan ketiga.

“Ia dua perlawanan yang ­sangat berbeza kerana selepas setahun lalu, barisan pemain kedua-dua pasukan juga sudah banyak berubah.

“Begitupun, kami perlu me­nunjukkan aksi lebih bagus dari tahun lalu jika mahu menang kerana kekalahan itu masih membayangi pemain.

“Kami tahu ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar, terutama Newcastle bermain bermain baik di tempat mereka,” kata Arteta.

Pada Januari lalu, kedua-dua pasukan berkongsi mata di ­Emi­rates apabila seri tanpa ­jaringan.

“Itu perlawanan yang patut kami menangi, kami tidak menang pada akhirnya.

“Mereka pasukan yang sangat bagus, dilatih dengan baik, memiliki pemain berkualiti. Mereka berada di tempat yang baik.

“Newcastle di tempat ketiga liga dana layak untuk itu…mereka layak berada di tempat mereka berada,” tambah Arteta.

Arteta berkata, mereka perlu menunggu dan melihat sama ada bek tengah, Gabriel cergas untuk perlawanan itu, manakala tonggak pertahanan, William Saliba belum diketepikan musim ini dengan baki empat perlawanan kerana berusaha keras untuk bermain.

Sejak Saliba direhatkan akibat kecederaan, Arsenal telah kehilangan mata dalam perlumbaan kejuaraan, mencatatkan tiga kali keputusan seri berturut-turut sebelum tewas kepada Manchester City 4-1 yang kini mendahului liga dengan satu mata dengan satu perlawanan dalam tangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya