Arsenal kembali rampas takhta liga

Arsenal kembali rampas takhta liga

KEMENANGAN 3-1 ke atas Chelsea menyalakan kembali harapan Arsenal untuk mencabar kejuaraan liga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kapten Arsenal, Martin Odegaard membawa mereka kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas dua jaringannya membantu Gunners menumpaskan Chelsea 3-1 awal pagi tadi.

Kemenangan itu memberi isyarat Arsenal akan terus berjuang untuk memburu gelaran biarpun Manchester City yang memiliki kelebihan dua perlawanan kekal sebagai pilihan.

Selepas 34 perlawanan, Gunners mengumpul 78 mata, hanya dua mata mengatasi City.

“Pada 60 minit pertama, saya rasa kami bermain dengan baik. Itu yang saya mahu lihat daripada pasukan.

“Kepantasan, kualiti, pergerakan, dua gol menarik, kami bersatu dengan penyokong dan mencipta suasana menakjubkan.

“Kami mahu mendapatkan hak untuk berada di puncak liga. Kami gembira dapat berada di sana,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Selepas 10 minggu berada di puncak, Arsenal dipintas oleh City yang menewaskan Fulham 2-1, Ahad lalu.

Tiga keputusan seri berturut-turut, selain kekalahan 4-1 kepada City menjejaskan peluang Arsenal untuk bergelar juara buat kali pertama dalam tempoh hampir dua dekad.

Chelsea pula tewas kesemua enam perlawanan sejak Frank Lampard kembali sebagai pengendali sementara menggantikan Graham Potter.

Berada di tangga ke-12 liga, Blues kini gagal memenangi sembilan perlawanan terakhir dalam semua pertandingan dan mungkin menamatkan saingan dalam kelompok bawah liga buat pertama kali sejak tahun 1996.

Satu lagi jaringan Gunners disempurnakan oleh Gabriel Jesus, manakala Noni Madueke menjaringkan gol tunggal Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya