Arsenal ditimpa malang berganda

Arsenal ditimpa malang berganda

KETIADAAN William Saliba (kiri) dan Oleksandr Zinchenko sehingga akhir musim memberi tamparan hebat buat Arsenal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Peluang tipis Arsenal untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris menerima tamparan hebat apabila dua tonggak pertahanan, William Saliba dan Oleksandr Zinchenko terpaksa diketepikan sehingga akhir musim.

Saliba mengalami kecederaan belakang ketika Gunners tewas kepada Sporting Lisbon pada pusingan 16 akhir Liga Europa, Mac lalu, dan proses pemulihan bek tengah Perancis itu tidak berjalan lancar.

Zinchenko pula dibawa keluar ketika Arsenal menumpaskan Newcastle, Ahad lalu kerana masalah betis dan kecederaannya lebih serius daripada jangkaan.

Pemain antarabangsa Scotland, Kieran Tierney dijangka menggantikan Zinchenko di pertahanan kiri, manakala Rob Holding mengisi posisi Saliba.

Setelah mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan sejak kecederaan Saliba, yang membolehkan Manchester City memintas dalam perebutan kejuaraan, Arsenal berjaya kembali di landasan betul.

Kemenangan ke atas Chelsea dan Newcastle menyaksikan mereka merapatkan jurang ­dengan City kepada satu mata.

City memiliki kelebihan satu perlawanan, dan situasi skuad Mikel Arteta yang tempang memberi tamparan buat ­Gunners.

Arteta berharap dia tidak dilanda masalah lain menjelang pertembungan dengan Brighton esok.

“Tidak banyak kemajuan, dia (Saliba) berasa lebih baik setiap hari tetapi masih tidak dapat melakukan apa-apa aktiviti, jadi kami tidak menjangkakan dia akan bersama pasukan.

“Kami tidak boleh mengawal perkara tertentu, kami perlu menerimanya dan sebab itu kami mempunyai pemain untuk mengisi kekosongan,” kata jurulatih dari Sepanyol itu.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya