Tujuh nama besar calon pengurus Chelsea

Tujuh nama besar calon pengurus Chelsea

ZINEDINE ZIDANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Zinedine Zidane dan Jose Mourinho mengetuai tujuh nama besar yang disenaraikan sebagai calon pengurus baharu Chelsea, selain Julian Nagelsmann, Mauricio Pochettino, Oliver Glasner, Brendan Rodgers dan Luis Enrique.

Semalam, Blues memecat Graham Potter hanya tujuh bulan selepas dia mengambil alih kelab London itu daripada Thomas Tuchel ekoran prestasi buruk mereka.

Kekalahan 0-2 kepada Aston Villa di Stamford Bridge, Sabtu lalu menyebabkan Chelsea kini menjunam ke tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris, kedudukan yang jauh lebih buruk berbanding ketika ditinggalkan Tuchel (keenam).

Pemecatan itu hadir hanya dua hari sebelum mereka berdepan Liverpool dalam perlawanan di antara dua ‘harimau luka’ di Anfield esok, kerana Reds juga masih terluka ekoran kekalahan 4-1 kepada Manchester City.

JOSE MOURINHO

“Kami mewakili semua pihak dalam kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Graham atas sumbanganya kepada Chelsea.

“Kami sangat menghormati dia sebagai jurulatih dan individu. Dia sentiasa menjalankan tugas dengan baik, integriti dan profesional. Kami juga kecewa terpaksa membuat keputusan ini,” kata pemilik bersama Chelsea, Todd Boehly dan Behdad Eghbali dalam satu kenyataan semalam.

Bekas pertahanan Brighton, Bruno Saltor dilantik sebagai pengurus sementara sehingga pengganti Potter ditemui.

“Kami akan memberi sokongan penuh kepada Saltor untuk memberi tumpuan kepada baki perlawanan musim ini.

“Chelsea mempunyai 10 perlawanan lagi dalam liga dan aksi suku akhir Liga Juara-Juara. Tentunya kami akan bekerja keras dan memberi komitmen dalam setiap perlawanan bagi menamatkan musim ini dengan cemerlang,” kata kenyataan itu.

BRENDAN RODGERS

Pengurusan tertinggi Chelsea akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk membincangkan mengenai calon pengganti Potter, di mana lima daripada enam jurulatih yang berada dalam senarai tidak terikat dengan mana-mana kelab.

Brendan Rodgers meninggalkan Leicester City kelmarin, Nagelsmann baru dipecat oleh Bayern Munich, manakala Pochettino, Glasner dan Enrique tidak mempunyai kelab. Mourinho pula kini membimbing AS Roma di Itali. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya