Tuchel bermula baik di Bayern

Tuchel bermula baik di Bayern

PEMAIN Bayern meraikan kejayaan merampas kembali kedudukan teratas Bundesliga.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Thomas Tuchel tidak menunggu lama untuk menampil magis bersama Bayern Munich apabila kelab berkenaan kembali ke puncak Bundesliga selepas menewaskan Borussia Dortmund 4-2 semalam.

Bagaimanapun, Tuchel berkata dia tidak akan meraikan dengan pemain-pemain walaupun berjaya merakam kemenangan ke atas Dortmund dalam tugasan pertamanya sebagai pengendali kelab itu.

Tuchel menggantikan Julian Nagelsmann pada minggu lalu dan dia hanya menunjukkan reaksi bersahaja selepas membawa Bayern kembali ke puncak Bundesliga.

“Saya rasa belum tiba masanya. Nagelsmann adalah jurulatih sehingga sekarang dan saya tiba di akhir musim,” kata Tuchel ketika ditanya mengapa dia tidak meraikan kejayaan bersama pemain.

Menurut Tuchel, dia tidak akan sesekali menyertai pemain meraikan kemenangan di atas padang.

“Saya gembira jika pemain-pemain saya bersinar dan saya gembira jika pemain-pemain saya menunjukkan potensi mereka, dan lebih gembira jika mereka meraikan kemenangan di hadapan penyokong.

“Saya cuba membantu mereka mencapai prestasi terbaik sebagai satu pasukan. Saya cuba membawa pengaruh dan mencipta suasana yang membuatkan orang senang datang untuk bekerja. Perkara-perkara lain, saya tidak masuk campur,” katanya.

Kapten Bayern, Thomas Mueller meledak dua gol dalam kemenangan itu selepas jaringan sendiri penjaga gol Dortmund, Gregor Kobel.

Kingsley Coman menambah jaringan di babak kedua dan dua gol lewat permainan Dortmund tidak cukup untuk menafikan kemenangan Bayern.-AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya