Trak TMJ langgar 'roadblock' PDRM FC

Trak TMJ langgar ‘roadblock’ PDRM FC

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim mencuri tumpuan apabila datang ke Stadium Sultan Ibrahim dengan memandu trak kelmarin. - JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi mencuri tumpuan peminat bola sepak apabila memandu trak ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk menonton perlawanan pusingan kedua Piala FA yang menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) membenam PDRM FC 3-0 kelmarin.

Sehari sebelum perlawanan, pengendali PDRM, Azzmi Ab. Aziz memberitahu Utusan Malaysia, beliau tiada pilihan kecuali bermain secara bertahan atau ‘parking trak’ apabila berdepan Harimau Selatan bagi memastikan pasukannya tidak dibolosi dengan jaringan besar.

Azzmi mengotakan kata-katanya apabila PDRM berkampung di kawasan sendiri dalam hampir sebahagian besar per­mainan, terutama babak ­kedua yang menyebabkan JDT berdepan kesukaran untuk membolosi gawang mereka.

Begitupun tidak lama selepas Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers berkongsi gambar Tunku Ismail tiba di SSI dengan memandu sendiri trak, peminat berseloroh taktik roadblock (sekatan jalan) yang dilakukan PDRM FC gagal ke­rana ‘dilanggar’ trak Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Ada juga yang berseloroh, trak yang dipandu TMJ menyebabkan ‘trak polis’ beralih tempat hingga membolehkan gawang mereka dibolosi walaupun hanya dengan tiga gol.

Selepas mengharungi sembilan perlawanan musim ini (semua pertandingan), JDT masih tidak kalah dan hanya dibolosi sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN