TMJ jemput SPRM ‘lawat’ JDT

TMJ jemput SPRM ‘lawat’ JDT

GAJI pemain JDT dibayar menggunakan wang penaja, pemilik kelab dan Sultan Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan dakwaan gaji pemain Harimau Selatan selama ini dibayar oleh kontraktor.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut menegaskan bahawa sumber kewangan kelab berkenaan bukan datang dari pemberian menteri besar atau kerajaan.

“Alhamdulillah, saya memang sudah lama mengalu-alukan soalan seperti ini. Pertama saya tak rasa apa-apa kerana selama 11 tahun dalam industri bola sepak tiada perkara yang baik pun dikatakan tentang JDT. Kami di JDT sudah biasa dengan perkara sebegini.

“Berkenaan tuduhan yang mengatakan kontraktor bayar gaji pemain (JDT). Saya menyeru pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) atau mana-mana pemilik kelab bola sepak yang berminat, boleh datang sendiri dan periksa serta audit kewangan JDT termasuk sumber pendapatan dan perbelanjaan.

“Duit JDT datang daripada penaja serta duit saya dan Sultan Johor sendiri. Ini bukan duit dari menteri besar atau duit kerajaan. Bagaimana pula ­dengan kelab anda?,” kata Tunku Ismail di Twitter.

Kenyataan itu dikeluarkan TMJ sebagai reaksi balas bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh seorang pelayar media sosial yang mendakwa gaji pemain JDT dibayar oleh kontraktor.

“Kalau kami fans cakap benda sama yang jadi kat J selama 9-10 tahun ni, Tuanku boleh terima ke? Kalau fans @ owner cakap ada kontraktor bayar gaji player J, Tuanku boleh terima ke?

“Janganlah assume macam tu je kat SEL (Selangor) disebabkan beberapa individu yang Tuanku tak ngam,” kata Acap Rosdi.

Pertanyaan Acap Rosli itu turut mendapat respon penyokong Harimau Selatan yang kurang senang dengan bahasa yang digunakan untuk bertanya kepada TMJ.

“Boleh nak berkata-kata tetapi adab kena ada, awak bercakap/berborak bukan dengan level-level awak tu. Maafkan patik Tuanku,” kata Mohamad Asyraff.

Selain itu, peminat Harimau Selatan juga mahu Acap Rosli menyertakan bukti sekiranya betul gaji pemain JDT dibayar oleh kontraktor.

“Kau ni dah la fitnah membuta tuli, lepas tu block JDT fan beramai-ramai sebab dah rasa malu dgn fitnah kau. Bila dah takut reti pulak private kan akaun,” kata Nabil Naimi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN