Tiada lagi sukan ‘pelik’ di Sukan SEA

Tiada lagi sukan ‘pelik’ di Sukan SEA

Chinlone antara sukan tradisi yang dipertandingkan di beberapa negara pengajur Sukan SEA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bermula Sukan SEA 2025 di Thailand, tiada lagi sukan tradisi yang ‘pelik’ akan dipertandingkan selepas Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) memutuskan agar temasya dwitahunan itu memberi tumpuan kepada sukan bertaraf lebih tinggi.

SEAGF memutuskan bahawa mulai Sukan SEA 2025 hanya akan menumpukan kepada penganjuran sukan kumpulan satu iaitu (olahraga, renang), kumpulan dua (sukan Olimpik lain) dan maksimum dua sukan ‘tradisi’ dibenarkan dalam kategori tiga.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib berkata, sebelum ini sudah ada perbincangan antara Malaysia, Singapura dan Thailand agar tumpuan acara di Sukan SEA lebih diberikan kepada acara yang akan dipertandingkan di sukan Olimpik.

Katanya, biarpun lebih terarah kepada sukan berprestasi tinggi, acara bagi sukan tradisional tidak dipinggirkan kerana tuan rumah masih boleh menyenaraikan sukan yang mereka inginkan menerusi kategori tiga namun, ia perlu dihadkan dan tidak terlalu banyak.

“Sebelum ini, ada perbincangan membabitkan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Thailand agar Sukan SEA memberi tumpuan kepada acara bertaraf OIimpik dan sukan yang popular di rantau Asia Tenggara yang melibatkan semua negara peserta.

“Bagaimanapun, masih ada kategori tiga untuk sukan tradisi tetapi kita tidak mahu terlampau banyak sukan tradisi seperti mana yang berlaku di Filipina dan Vietnam sebelum ini. Jadi kita mahu sukan tradisional ini diterhadkan.

“Kita melihat perubahan ini sangat positif kerana kita mahukan perancangan jangka panjang. Jika ada bola jaring dalam dua penganjuran berturut-turut, selepas tu tiada bola jaring. Pembangunan sukan itu terbantut…Sukan SEA itu paling jauh yang mereka boleh pergi.

“Jadi sebab itu kena berterusan. Sebab itu kita mahu, dua sukan dalam kategori tiga itu diberikan kelebihan kepada acara yang pernah dianjurkan dalam Sukan SEA,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, kebanyakan tuan rumah menyenaraikan pelbagai acara sukan tradisi di temasya Sukan SEA dengan harapan dapat menuai sebanyak mungkin pingat emas untuk mencerahkan peluang mereka merangkul juara keseluruhan dalam kutipan pingat.

Antara sukan dalam kategori tiga ialah arnis, catur, bina badan, renang sirip, muay, sport dance, bola jaring, kempo, pencak silat, lumba perahu tradisional, ski air, vovinam dan boling padang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya