‘Teksi terbang’ sedia bawa penumpang di Paris 2024

‘Teksi terbang’ sedia bawa penumpang di Paris 2024

‘Teksi terbang’ dengan kapasiti dua tempat duduk milik Volocopter sudah menerima kebenaran untuk membawa penumpang sepanjang Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris, tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Syarikat Volocopter memberi jaminan perkhidmatan ‘teksi terbang’ sedia ber­operasi sepanjang Sukan ­Olimpik dan Paralimpik 2024 di Paris.

Biarpun tidak dapat memberi jaminan penumpang dapat dihantar tepat pada waktu, namun mereka berkeras bahawa projek itu berjalan mengikut perancangan.

Baru-baru ini, Volocopter telah menjemput beberapa pengunjung, termasuk ahli politik Perancis, Valerie Pecresse menghadiri upacara pelepasan pesawat dua tempat duduk di ‘vertiport’.

Pecresse berkata, Jawatan­kuasa Daerah memberi soko­ngan kewangan terhadap projek tersebut kerana merasakan pe­nerbangan pada ketinggian rendah adalah ‘pengembaraan yang menjanjikan peluang pekerjaan, baik untuk alam sekitar serta kehidupan penduduk Paris,” lapor akhbar Connexion France.

“Sama seperti ketika tiket penerbangan pertama dijual oleh syarikat penerbangan di Florida pada 1914, saya juga mahu menjadi penumpang pertama pesawat yang digerakkan menerusi tenaga elektrik dalam daerah kami,” kata Pecresse.

Setakat ini, hanya model dua tempat duduk mendapat sijil, dan ­Volocopter berusaha mendapatkan kebenaran untuk pesawat lima tempat duduk.

“Proses pensijilan kami di landasan tepat.

“Pertengahan musim panas 2024 bakal menjadi cabaran terbesar tetapi kami telah be­kerjasama dengan Badan Keselamatan Penerba­ngan Kesatuan Eropah (EASA) bagi merangka proses yang diperlukan untuk memperoleh sijil.

“Ia bergantung sepenuhnya kepada kami bukan EASA untuk memenuhi misi besar itu tetapi jika kami mampu menepati kriteria, maka EASA akan menaruh keyakinan tinggi,” kata jurucakap Volocopter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN