Siapa bakal rangkul emas sulung Olimpik?

Siapa bakal rangkul emas sulung Olimpik?

HANNAH Yeoh (kanan) bersama Jawatankuasa Road to Gold ketika mengumumkan senarai atlet yang diserap dalam program RTG di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siapakah daripada 15 atlet yang diserap dalam Road to Gold (RTG) mampu memenuhi matlamat utama projek berkenaan, iaitu menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Olimpik Paris 2024.

Apakah jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang mampu menukar warna pingat gangsa dan perak yang dimenangi dalam dua temasya terakhir kepada emas selepas mengetuai senarai 15 atlet daripada tiga sukan yang tersenarai.

Atau mampukah bekas juara All England dan pemain No. 4 dunia, Lee Zii Jia menebus kehampaan di Tokyo 2020 dengan menghadiahkan emas perseorangan lelaki badminton – kejayaan yang gagal dilakukan ­Datuk Lee Chong Wei.

Terjun yang gagal membutirkan pingat di Tokyo juga masih mendapat kepercayaan menerusi Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri.

Biarpun kecewa di Tokyo, namun terjun pernah menghadiah­kan perak dan gangsa di ­Olimpik, menjadikan sukan ini masih dianggap relevan untuk mengetuai senarai pemburuan emas pertama.

Selebihnya senarai RTG di­dominasi badminton menerusi dua beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yii; beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah dan dua beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing serta Goh Soon Huat-Shevon Lai. Shah Firdaus Sahrom dari sukan basikal trek turut disenarai.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang juga Pengerusi Jawatankuasa RTG menjelaskan, senarai ini tidak akan kekal dan tiada kuota ­spesifik dihadkan kerana ia projek jangka panjang sehingga Olimpik Los Angeles 2028 dan penilaian berkala akan dilakukan

“Dua kriteria pemilihan (atlet RTG) iaitu satu (atlet) pemenang pingat di Olimpik Tokyo 2020 dan kedua tersenarai dalam ranking 10 terbaik di dunia.

“Kita juga ada kriteria tambahan yang mana atlet podium sedia ada yang menunjukkan pe­ningkatan sangat baik wajar dipertimbangkan mengikut kes.

“Senarai ini dijangka berubah apabila kelayakan ke Paris bermula dan tertakluk kepada persetujuan RTG, penilaian serta pemantauan berkala.

“Setiap permainan ada tempoh kelayakan berbeza, jadi sebab itu kita kena tengok sukan berkenaan,” katanya pada majlis pengumuman senarai Atlet RTG di Menara KBS semalam.

AZIZULHASNI Awang memenangi pingat perak acara keirin pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Bagaimanapun, Jawatankuasa RTG belum bersedia mendedahkan bajet keseluruhan untuk program ini kerana perlu mendapatkan terperinci daripada setiap atlet untuk persediaan ke Sukan Olimpik.

Dalam Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Februari lalu, RM324 juta diperuntukan bagi pembangunan ekosistem dan industri sukan negara.

“Kenapa kita tidak boleh bagitahu sekarang kerana kena kira kos perbelanjaan untuk keperluan atlet.

“Penyelaras serta Datuk Nicol David, Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Mimawan Nawawi akan memulakan pertemuan bersama atlet RTG dan jurulatih dalam masa sebulan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya