Satu mata tetap berharga - Teong Kim

Satu mata tetap berharga – Teong Kim

PEMAIN Perak FC meraikan jaringan Alif Zikri Zaini Anuar di awal permainan ketika menentang Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super kelmarin. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Satu mata tetap berharga. Itu pandangan Ketua Jurulatih Perak FC, Datuk Lim Teong Kim selepas anak buahnya seri 1-1 dengan Negeri Sembilan FC di Ipoh, semalam.

Bagi Teong Kim keputusan itu walaupun menyimpang daripada sasaran mata penuh tetapi tetap berbaloi buat anak buahnya.

“Memang kami ingin mata penuh daripada perlawanan ini. Kami mahu beri hadiah istimewa, namun harus diingat Negeri Sembilan bukan calang-calang pasukan. Mereka pasukan yang kuat.

“Mereka mencipta banyak peluang tetapi nasib nyata menyebelahi Perak.

“Saya gembira kami berjaya kutip satu mata. Ia lebih baik daripada tiada langsung,” katanya.

Teong Kim berkata, pemainnya sudah berusaha gigih dan bermain bermati-matian untuk memenangi perlawanan ini, malah beliau gembira dengan persembahan anak buahnya yang memberi harapan baharu kepadanya.

“Saya lihat ada perkembangan dan peningkatan dalam persembahan pasukan. Ia memberi harapan baharu . Kita lihat perkembangannya selepas cuti hari raya nanti,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya