Prestasi merudum resahkan Bayern

Prestasi merudum resahkan Bayern

PEMAIN Bayern Munich melakukan persiapan akhir di Munich semalam menjelang pertemuan menentang Manchester City esok. – IHSAN BAYERN MUNICH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Keputusan seri 1-1 ketika menentang Hoffenheim di Allianz Arena, Sabtu lalu menjejaskan lagi moral pemain Bayern Munich menjelang suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Manchester City esok.

Sudahpun tewas 3-0 dalam aksi pertama di Etihad, minggu lalu, Bayern perlu melakukan sesuatu yang istimewa untuk bangkit menentang anak-anak buah Pep Guardiola.

Beraksi dalam perlawanan keempat sejak diambil alih oleh Thomas Tuchel, gergasi Jerman itu mengharungi satu lagi malam yang mengecewakan di laman sendiri, perkembangan yang meresahkan bintang te­ngah mereka, Joshua Kimmich.

“Pertemuan dengan menentang Hoffenheim sama sekali berbeza dengan City. Kami perlu menunjukkan intensiti lebih tinggi, aksi lebih baik untuk bangkit daripada kekalahan minggu lalu.

“Kami perlu melakukan sesuatu yang istimewa untuk menyambar tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara,” kata Kimmich.

Kesilapan individu, terutama Dayot Upamecano menyebabkan Bayern mengalami kekalahan besar di Etihad biarpun mereka juga mempunyai peluang untuk menghasilkan gol.

Kata Kimmich, jika Bayern mengulangi kesilapan sama dan City mengekalkan prestasi mereka, tidak mustahil gergasi Liga Perdana Inggeris itu boleh meledak empat atau lima gol.

Begitupun, Kimmich tetapi yakin pasukannya akan menampilkan aksi berbeza di ­Allianz Arena, apatah lagi mereka sebenarnya menguasai 70 minit pertama perlawanan ketika berepan City.

“Kami mempunyai peluang, kami bermain dengan sangat baik dan mengawal permainan. Sudah tentu, kali ini ia tidak akan mencukupi untuk mengawalnya. Nasib baik, perlawanan esok bukan hanya 70 minit,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.