Pemain badminton sekarang tidak boleh dimanjakan

Pemain badminton sekarang tidak boleh dimanjakan

PENCAPAIAN terbaik badminton dalam Sukan Olimpik adalah meraih enam pingat perak dan tiga gangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Lee Chong Wei mahu pemain badminton negara menjadi lebih kental dan keras, selain tidak terlalu manja bagi memastikan mereka memiliki mentaliti juara menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.

Diberi tanggungjawab sebagai pengurus pasukan badminton Road to Gold (RTG) bukan tugas mudah, dan Chong Wei mahu menggunakan semua pengalaman dimiliki untuk membantu 11 pemain yang disenaraikan dalam projek tersebut berada di landasan memburu emas Olimpik.

Bekas pemain No. 1 dunia itu percaya, semua pemain yang di­pilih mempunyai reputasi, gela­ran dan potensi, namun berkongsi masalah sama iaitu konsistensi.

“Sekarang mentaliti dan per­sekitaran sudah berubah, macam saya sudah jadi pegawai sukan, saya kena mula ubah pemikiran pemain baharu. Kita tak boleh manjakan mereka sangat, kita ke­na keras sikit.

“Kalau kita manjakan mereka sangat, mereka akan fikir kita perlukan dia, dia tak perlukan kita. Ibarat BAM (Persatuan Badminton Malaysia) perlu dia, dia tak perlu BAM.

“Kita perlu seimbangkan perkara ini dengan ge­nerasi sekarang, perlu ada tolak ansur antara kedua pihak.

“Untuk menjadi pemain bertaraf dunia, semua orang tahu, kena ada disiplin, kalau tiada disiplin anda tak boleh jadi pemain terbaik dunia.

“Jangka hayat seorang atlet tak lama, apa yang anda nak buat sepanjang tempoh ini ­sangat penting.

“Selepas bersara nanti, nak buat apa? Tak mahu tidur pun orang sudah tidak peduli,” kata Chong Wei yang ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara kelmarin.

Menurut pemenang tiga pi­ngat perak Olimpik itu, beliau akan mengadakan pertemuan ‘hati ke hati’ dengan pemain bagi memahami fikiran mereka ke­rana pendekatan yang perlu digunakan untuk generasi kini berbeza berbanding zamannya.

“Zaman dah lain, tidak seperti dahulu. Ini adalah cabaran yang sukar buat barisan kejurulatihan kerana fikiran (pe­main) sudah tidak sama jika dibandingkan zaman saya, jadi macam mana kita nak ubah ikut zaman?

“Sekarang yang paling susah jurulatih, kerana apa-apa kena bincang dengan pemain.

“Zaman saya jurulatih tak pernah bincang pun, awak mahu berlatih, awak berlatih, awak tak mahu, awak balik,” katanya.

Pemain badminton me­nguasai 11 daripada 15 atlet yang disenaraikan dalam program mencari emas pertama Olimpik, RTG, diketuai juara dunia, Aaron Chia-Soh Woh Yik dan bekas juara All England, Lee Zii Jia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.