Malaysia perlu jadi negara pencipta

Malaysia perlu jadi negara pencipta

ANTARA pelajar yang menyertai pertandingan membuat roket pada Program Karnival Komuniti Madani MYSA di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar, Selangor. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Malaysia perlu memanfaatkan bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) de­ngan menjadi pereka dan pencipta produk, sama ada untuk digunakan oleh rakyat sendiri atau memenuhi permintaan dunia.

Langkah itu juga dapat me­ngelak negara ini menjadi pe­ngguna STI, sekali gus me­ngu­rangkan kebergantungan sumber luar terhadap bidang itu.

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Samsuddin Omar berkata, kebergantungan kepada sumber luar adalah satu kelompongan dalam pembangunan STI termasuk pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

“Kita terdedah kepada ancaman daripada segi kebergantungan itu. Selagi kita bergantung kepada teknologi atau produk-produk luar, pada saya kita belum merdeka (liberasi dalam pembangunan STI),” katanya kepada Utusan Malaysia pada Program Karnival Komuniti Ma­dani MYSA.

Samsudin berkata, situasi itu ditambah dengan kewujudan tanggapan pelajar-pelajar bahawa tiada hala tuju jelas penyertaan mereka dalam

STEM, disebabkan kurang pendedahan terhadap realiti sebenar keper­luan pembangunan bidang ber­kenaan.

“Fenomena negara kita se­karang (minat) daripada segi teknikal (STEM) amat kurang. Berdasarkan data daripada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kurang daripada 40 peratus dalam kalangan pelajar meminati bidang STEM,” katanya.

Katanya, STEM dan TVET sa­ling berkaitan dan memerlukan antara satu sama lain, justeru penglibatan pelajar bagi kedua-dua sektor pendidikan itu perlu seimbang bagi memenuhi keperluan masa depan STI negara.

“Kita hendak tingkatkan (pe­nglibatan pelajar dalam STEM). Maksudnya, kalau kita tidak dapat (keseimbangan) itu, (se­kurang-kurangnya) 60 peratus (pelajar) menyertai TVET, 40 peratus lagi STEM. (Tetapi) Kalau dapat 50 peratus (seimbang) itu cukup baik,” katanya.

Beliau berkata, MYSA memberi penekanan terhadap dasar mengenai STI, STEM dan TVET yang menyokong ekosistem sektor angkasa bagi menyediakan modal insan dengan ideologi teknologi tinggi, kreatif dan inovasi.

“Kita tidak mahu bergantung dengan teknologi luar, kita ba­ngun keupayaan teknologi angkasa tempatan yang kompetitif dengan membina minat anak muda dari persekolahan.

“Ia sebagai persediaan menjadikan Malaysia sebagai negara peneroka angkasa (space-faring nation), bagi kita membangun keupayaan angkasa negara dan negara pencipta dan penyedia teknologi dan inovasi dalam bidang angkasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN