Noraseela cabar Shereen menang emas di Kemboja

Noraseela cabar Shereen menang emas di Kemboja

SHEREEN Samson Vallabouy memecahkan rekod 200m milik G.Shanti yang berusia 25 tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayan pelari wanita negara, Shereen Samson Vallabouy meleburkan rekod kebangsaan acara 400 meter (m) berusia 30 tahun, mencerahkan lagi peluang skuad olahraga negara memburu pingat emas dalam acara itu di Sukan SEA Kemboja, Mei depan.

Rekod baharu itu tercipta selepas Shereen mencatat masa 51.80 saat (s) dalam Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC relays ke-63 di California, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Ini merupakan kejayaan sulungnya bagi acara tersebut di trek biasa, selepas empat kali memecahkan rekod bagi acara 400m dalam dewan dengan yang terakhir, semasa dia memenangi pingat emas dalam Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia, bulan lalu dengan catatan masa 52.27s.

Atlet berusia 25 tahun itu mewakili pusat pengajiannya, Winona State University di Minnesota ketika menghasilkan pencapaian tersebut sekali gus memadam rekod milik Allahyarham Rabia Abdul Salam yang mencatat masa 52.56s pada 1993 di Filipina.

Biarpun berjaya memecahkan rekod, namun aksi yang berlangsung di Stadium Hilmer Lodge itu hanya mampu meletakkan Shereen di kedudukan kelima.

Bekas pelari 110 berpagar wanita negara, Noraseela Khalid ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, dia berbangga dengan kejayaan atlet kelahiran Ipoh itu malah berharap kerja kerasnya di AS selama ini akan membuahkan pingat dalam Sukan SEA 2023 di Kemboja nanti.

“Kalau kita lihat perkembangan terkini Shereen, dia salah seorang atlet yang berpotensi menang pingat emas di Kemboja. Sebenarnya atlet Vietnam pun kuat juga sebab dia menang emas acara 400m, Sukan SEA lalu, tetapi saya yakin Shereen akan menghasilkan larian yang kompetitif di sana.

“Sejujurnya saya harap dia akan berkembang hingga Olimpik. Saya harap kejayaan-kejayaannya di AS tidak terhenti di Sukan SEA, sebaliknya terus cemerlang dalam Sukan Asia dan temasya lain selepas ini.

“Bagaimanapun, saya rasa Sukan SEA kali ini juga dinanti-nantikan Shereen, sebab Malaysia sudah lama tidak menang emas bagi acara ini. Saya rasa penyertaannya nanti tarik minat ramai orang untuk kembali beri tumpuan terhadap acara 400m wanita selepas bertahun-tahun sepi daripada pingat.

“Apa-apa pun, dia telah lakukan keputusan bijak menyambung pelajaran di luar negara kerana peluang itu membolehkannya berlatih dengan atlet-atlet terbaik dunia. Bagi saya, Shereen memang bagus sejak usianya 16 tahun lagi dan sekarang masanya menyinar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya