Mourinho sertai Ronaldo di Al Nassr?

Mourinho sertai Ronaldo di Al Nassr?

CRISTIANO Ronaldo dan Jose Mourinho pernah bekerjasama di Real Madrid dari 2010 hingga 2013.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Jose Mourinho mung­kin kembali bergabung de­ngan Cristiano Ronaldo selepas menerima tawaran 100 juta pound (RM549 juta) setahun untuk berhijrah ke Arab Saudi.

Jika bersetuju, Mourinho, 60, yang terkenal dengan julukan The Special One mempunyai pilihan sama ada mahu menguruskan skuad kebangsaan Arab Saudi atau membimbing kelab yang dianggotai Ronaldo, Al Nassr.

Ketika ini, Al Nassr dibim­bing Rudi Garcia, namun pemilik kelab mahu menjadikan pasukan bertaraf antarabangsa, dan Mourinho berpeluang membimbing Ronaldo buat kali kedua selepas mereka bekerjasama di Real Madrid dari 2010 hingga 2013.

“Ronaldo pemain hebat, sama seperti Zinedine Zidane untuk Perancis, tidak akan ada pemain lain lagi seperti­nya, Dia menakjubkan, ibarat ­mesin gol,” jelas Mourinho.

Ronaldo juga senang untuk bekerjasama dengan Mourinho, malah pernah memberitahu, jurulatih kelahiran Portugal itu adalah pengurus terbaik dalam kariernya, lebih tinggi daripada Sir Alex Ferguson.

“Saya letak kedudukannya (Mourinho) di tempat paling atas, saya akan sentiasa me­ngatakan seperti itu.

“Saya telah beraksi di bawah banyak pengurus hebat, tetapi Jose Mourinho adalah pemikir analitik yang hebat, dia melihat semua perkara dengan terperinci,” jelas Ronaldo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.