Messi, Ronaldo mungkin bergabung di Arab Saudi

Messi, Ronaldo mungkin bergabung di Arab Saudi

ARAB Saudi sedang berusaha membawa Lionel Messi ke negara itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Lionel Messi serius mempertimbangkan perpindahan ke kelab Liga Pro Saudi (SPL), Al-Nassr, menandakan ada harapan melihat bintang Argentina itu membentuk gabungan elit bersama legenda Portugal, Cristiano Ronaldo di Arab Saudi.

Menurut akhbar Itali, La Gazetta dello Sport, Messi mempertimbangkan tawaran itu selepas melihat kepulangan ke Barcelona tidak mungkin berlaku.

Pemenang Piala Dunia 2022 itu kini merancang langkah seterusnya ekoran kontrak di Paris Saint-Germain (PSG) akan tamat pada musim panas ini.

Gergasi bola sepak Perancis itu pada mulanya sedia melanjutkan kontrak­ Messi, namun rancangan mereka berubah selepas kapten Argentina tersebut tidak lagi memikat penyokong.

Kegagalan PSG melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara mencetus kekecewaan besar kepada peminat dan kelab.

Ramon Diaz, jurulatih Al Al-Hilal yang me­rupakan seteru Al Nassr sebelum ini menyatakan kemungkinan mereka akan membawa masuk ­penyerang berusia 35 tahun itu.

Katanya, kewangan kelab yang kukuh membolehkan mereka membawa mana-mana pemain bertaraf dunia.

“Ia (reputasi bola sepak Arab Saudi) telah berkembang di seluruh dunia. Anda dapat dilihat dalam Piala Dunia.

“Kelab kami mempunyai lapan pemain luar, kami boleh mendapatkan yang ­terbaik ­kerana tiada masalah ­kewangan.

“Itu yang berlaku kepada Ronaldo dan kebanyakan pemain luar Al-Hilal juga bertaraf antarabangsa. Jika mereka terus begini, bola sepak Arab Saudi akan terus berkembang.

“Kehadiran Cristiano pen­ting kepada Arab Saudi. Kami juga mungkin membeli Messi, ­bayangkan kuasa yang dibawa dua pemain ini,” katanya.

Al-Hilal dilaporkan masih berminat mendapatkan Messi dan sedia bersaing menandatangani pemain Argentina itu.

Messi sebelum ini setuju dipotong gaji demi kembali ke Barca, namun ia tidak memadai kerana gergasi Selanyol itu masih berdepan isu kewa­ngan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.