Martinez selamat menjalani pembedahan

Martinez selamat menjalani pembedahan

Lisandro Martinez selamat menjalani pembedahan tulang metatarsal semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez berkongsi perkembangan terkini dirinya di hospital, di mana dia selamat menjalani pembedahan tulang metatarsal semalam.

Bintang Argentina itu terpaksa diusung keluar ketika United menentang Sevilla dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa, Khamis yang berkesudahan seri 2-2.

Ironinya, Martinez diusung keluar oleh pemain pasukan ­lawan yang juga rakan senegara, Marcos Acuna dan Gonzalo Matiel.

“Semuanya berjalan dengan lancar, terima kasih Tuhan. Ribuan terima kasih untuk semua mesej yang anda kirimkan.

“Kini fokus untuk pemulihan,” jelas Martinez dalam hantaranya di media sosial selepas selesai menjalani pembedahan.

Rakan sepasukan Martinez jelas gembira dengan perkembangan pemain pertahanan itu dan ada di antara mereka memberikan respon di bawah hantaran yang dimuat naik Martinez.

Antaranya penjaga gol, David De Gea yang memberikan respon emoji pisau pemotong daging, sementara Alejandro Garnacho pula meninggalkan emoji lengan bersama hati di ruangan komen.

Pertahanan muda United, Bjorn Hardley yang sedang berusaha untuk menempatkan diri dalam skuad utama memberikan kata-kata semangat: “Kembali dengan lebih kuat.”

Pemain berusia 25 tahun itu dijangka akan kembali semula ke dalam pasukan pada musim hadapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN