Mane tumbuk Sane selepas Bayern kalah

Mane tumbuk Sane selepas Bayern kalah

SADIO Mane menumbuk Leroy Sane selepas Bayern Munich kalah 3-0 kepada Manchester City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Tidak sampai sebulan selepas mengambil alih Bayern Munich, Thomas Tuchel sudah pening dengan ‘drama’ yang tercetus apabila dua bintangnya, Sadio Mane dan Leroy Sane bergaduh sesama sendiri.

Penyerang Senegal, Mane dilaporkan menumbuk muka Sane dalam pergaduhan di bilik persalinan selepas Bayern kalah 3-0 kepada Manchester City pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara semalam.

Menurut media Jerman, kedua-dua pemain bertengkar selepas perlawanan sehingga terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan.

Bild melaporkan, bekas pemain sayap City, Sane dipukul di bahagian muka hingga luka di bibir.

Bayern enggan memberikan sebarang komen mengenai pergaduhan berkenaan.

Bild melaporkan pertelingkahan itu bermula ketika dalam perlawanan lagi dan terdapat rakaman mengenai pertengkaran berkenaan.

Kekalahan itu adalah yang terbesar buat Bayern dalam saingan Liga Juara-Juara sejak 2017.

Juara Eropah enam kali itu kini berdepan harapan tipis untuk memperbaiki defisit dimiliki pada aksi kedua suku akhir nanti. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya