Kemenangan keempat berturut-turut gembirakan Bojan

Kemenangan keempat berturut-turut gembirakan Bojan

AKSI Kedah Darul Aman (hijau kuning) ketika menentang KL City malam semalam. - IHSAN KDA FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengendali KL City FC, Bojan Hodak mengakui suasana dalam pasukan ketika ‘menyenangkan’ setelah The City Boys mencatat kemenangan keempat berturut-turut, semalam.

Bojan berkata, beliau gembira melihat keserasian pemain yang terus memuncak hingga membantu mereka menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), meskipun bertandang ke Stadium Darul Aman tanpa beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan.

Menurutnya, keadaan itu dibantu oleh senarai lebih ramai pemain berkualiti dimilikinya berbanding musim lalu yang membolehkan mereka memiliki banyak pilihan pemain untuk diturunkan dalam setiap perlawanan dilalui bergantung kepada strategi.

“Saya memiliki lebih ramai pemain untuk laksanakan pelbagai kombinasi dan itu dibuktikan dalam separuh masa kedua menentang KDA di mana saya buat pertukaran maksimum. Kita dapat lihat bagaimana pasukan lebih berkembang dan mampu menyerang dengan lebih baik untuk mencari gol kemenangan.

“Paling menggembirakan kombinasi pemain sama ada di separuh masa pertama atau kedua, masing-masing menunjukkan keserasian amat baik. Herlison Caion De Souza yang dibawa masuk juga dapat menjaringkan gol dan beberapa kali memiliki peluang menghasilkan jaringan,” katanya.

KDA FC yang sebelum ini tewas 0-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa menelan realiti cukup pahit apabila mereka hanya mampu menjaringkan dua gol sahaja dalam perlawanan itu melalui Jonathan Balotelli pada minit ke-24 dan Bojan Ciger, lima minit kemudian.

Mengulas lanjut Bojan berkata, KDA dilihat seakan memperlahankan rentak permainan mereka dalam babak kedua perlawanan walaupun beraksi pantas pada separuh masa pertama.

“Keadaan itu membuka ruang buat kami menjaringkan gol pada babak kedua. Begitu pun saya fikir, kami juga melaksanakan tugas dengan baik dalam separuh masa pertama kerana kami jelas memiliki lebih banyak peluang berbanding tuan rumah.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan apa yang ditampilkan para pemain. Tetapi kita hakikatnya melepaskan dua gol yang tidak sepatutnya kepada KDA dan disebabkan itu, saya belum boleh kata yang kami sudah berada di landasan sepatutnya seperti dimahukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya