Jurulatih basikal terpalit isu gangguan seksual letak jawatan

Jurulatih basikal terpalit isu gangguan seksual letak jawatan

HANNAH Yeoh melakukan sepakan ketika bertemu pasukan footgolf kebangsaan yang akan beraksi dalam Piala Dunia Footgolf di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jurulatih skuad berbasikal bukit (MTB) negara yang terpalit dengan tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap atlet wanita ketika sesi latihan di Taman Cabaran Putrajaya telah meletakkan jawatan serta merta.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, biarpun jurulatih berkenaan telah melepaskan jawatan, siasatan terhadapnya tetap diteruskan kerana ia melibatkan kes polis selain bagi memastikan keadilan buat atlet dan juga tertuduh.

“Jurulatih itu sebenarnya sudah meletakkan jawatan. Sejak kes sampai ke pengetahuan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), mereka telah mengambil tindakan menggantung tugasnya dan latihan diberhentikan.

“Biarpun jurulatih itu telah meletakkan jawatan, siasatan tetap diteruskan kerana terdapat laporan polis. Jadi siasatan ini kena adil untuk atlet dan tertuduh, sekiranya tuduhan tidak benar ada keadilan kepada yang dituduh.

“Selepas membaca laporan polis yang dibuat oleh atlet semalam (kelmarin), saya telah menghubungi Majlis Sukan Negara (MSN) serta merta dan kita sudah aktifkan pegawai pelindung MSN selepas pelancaran Kod Sukan Selamat.

“Pihak Polis, MSN dan PKBM akan melakukan siasatan terperinci dan saya akan memantau perjalanan sisatan ini terutamanya di peringkat MSN dan akan pastikan tindakan dilakukan dengan cepat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Kelmarin, dunia sukan tanah air sekali lagi digemparkan dengan tuduhan serangan seksual oleh jurulatih terhadap atlet wanita dan kali kini ia melibatkan sukan berbasikal yang kini dalam persiapan untuk beraksi di Sukan SEA Kemboja Mei depan.

Mangsa merupakan pelumba wanita berumur 20-an dan merupakan pemenang pingat  pada Sukan SEA di Hanoim tahun lalu.

Berikutan bimbang situasi bertambah buruk, pelumba berkenaan mengambil tindakan segera dengan membuat laporan Polis untuk tindakan lanjut selain turut mengadu perkara itu kepada PKBM selaku badan induk sukan berbasikal negara.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, bagi memastikan persiapan atlet ke Sukan SEA Kemboja tidak terjejas dengan kes berkenaan, MSN akan pastikan seorang pegawai wanita dilantik bagi membantu pasukan untuk memantau segala aktiviti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya