Jangan layan orang gila, jangan sanjung orang penakut- TMJ

Jangan layan orang gila, jangan sanjung orang penakut- TMJ

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti bersuara dan berkongsi pandangan mengenai industri bola sepak negara.

Tunku Ismail yang juga merupakan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, beliau tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak boleh menerima pandangannya mengenai senario bola sepak tempatan.

Biarpun memohon maaf kepada peminat atau mana-mana pihak yang tersinggung dengan ‘suara’yang dilontarkannya sebelum ini, Tunku Ismail menjelaskan bahawa ia tidak bermakna beliau akan berhenti daripada menyuarakan pandangan berdasarkan fakta.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu juga beliau juga berharap forum bola sepak bersama pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab Liga Malaysia (Liga M) dapat direalisasikan demi hak penyokong bola sepak tanah air.

“Semasa saya di tanya ada tak apa-apa pesanan buat penyokong bola sepak tempatan sempena Hari Raya? Saya jawab Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua penyokong dan juga kepada mana-mana pihak yang tersinggung.

“Tetapi…Ia bukan bermakna saya kesal atau akan berhenti bersuara berdasarkan fakta dalam hal ehwal atau senario bola sepak tempatan. Jikalau ada pihak tak boleh terima, itu terpulang kepada pendapat masing-masing.

“Saya akan terus bersuara dan berkongsi pandangan mengenai industri bola sepak negara. Saya juga berharap forum bola sepak bersama pemilik kelab dan CEO dapat diteruskan demi hak penyokong bola sepak tanah air.

“Kita harus beri keutamaan dan kebebasan kepada penyokong untuk tanya apa sahaja soalan. Jangan kita sembunyi di belakang surat. Bersemuka dengan penyokong adalah cara yang terbaik.

“Berani kerana benar. Jangan layan orang gila dan jangan sanjung orang ‘penakut’,” tulis TMJ di laman Instagram miliknya.

TMJ yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadi individu yang lantang bersuara mengenai arena bola sepak negara walaupun ada pandangan yang disuarakan beliau kurang disenangi sesetengah pihak.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya