Harapan Arsenal untuk menjadi juara liga semakin malap

Harapan Arsenal untuk menjadi juara liga semakin malap

Penyerang Manchester City, Erling Haaland cuba untuk menggelecek barisan pertahanan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad awal pagi tadi. (Foto: AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pasukan Manchester City semakin hampir untuk menggengam kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang kesembilan setelah membelasah pendahulu sedia ada, Arsenal dengan keputusan 4-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Etihad awal pagi tadi.

City yang dibimbing Pep Guardiola ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila berada di hadapan seawal minit ke tujuh menerusi pemain tengah prolifik, Kevin De Bruyne.

Pemain pertahanan, John Stones memastikan tuan rumah semakin selesa 2-0 menuju ke waktu rehat di bilik persalinan apabila gol tandukannya hasil hantaran De Bruyne disahkan video bantuan pengadil (VAR) biarpun pada awalnya jaringan tersebut dibatalkan kerana mendakwa Stones berada dalam kedudukan ofsaid.

Arsenal yang tempang tanpa beberapa tonggak utama ternyata beraksi kurang baik, dan kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya City pada separuh masa kedua apabila De Bruyne sekali lagi meledak pada minit ke 54 setelah mendapat umpanan daripada rakan sepasukan, Erling Haaland.

Skuad kendalian Mikel Arteta tidak ingin pulang ke London dengan tangan kosong apabila pemain pertahanan, Rob Holding merembat kencang dalam kawasan penalti City pada minit ke 86 untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Tatkala keputusan itu seakan kekal sehingga wisel penamat, Haaland menambah luka buat Gunners apabila meledaka satu lagi jaringan pada minit akhir perlawanan untuk kedudukan menjadi 4-1 sekaligus meletakkan City dalam kedudukan selesa untuk mempertahankan kejuaraan liga.

Biarpun Arsenal masih memimpin liga dengan 75 mata, namun City yang berada di tangga kedua dengan 73 mata masih mempunyai kelebihan kurang dua perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.