Haas rugi RM13.3 juta angkara Schumacher

Haas rugi RM13.3 juta angkara Schumacher

ANTARA kemalangan yang menimpa Mick Schumacher ketika memandu untuk pasukan Haas dalam perlumbaan F1 tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Prinsipal pasukan Haas, Guenther Steiner mendakwa, bekas pelumbanya, Mick Schumacher pernah mengakibatkan mereka kerugian AS$3 juta (RM 13.3 juta) gara-gara terlibat dalam beberapa kemalangan tahun lalu.

Perkara itu didedahkan ­Steiner dalam bukunya Surviving to Drive, di mana dia mengakui hilang keyakinan kepada pelumba berusia 24 tahun.

Biarpun memegang reputasi sebagai anak kepada legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher, namun Mick tidak mewarisi bakat bapanya.

Musim lalu, pelumba Jerman itu mengalami tiga kemalangan besar ketika bersaing di Arab Saudi, Monaco dan Jepun.

Kemalangan di Jepun berlaku ketika semua pelumba sedang kembali ke pit, dan kerugian yang ditanggung dianggarkan melebihi AS$1 juta (RM4.42 juta).

“Benar keadaan litar ketika itu basah tetapi tiada siapa akan me­langgar kereta lain ketika semua pelumba sedang memandu untuk pulang ke pit.

“Berapa orang yang kami boleh kami gajikan dengan AS$700,000 (RM3.09 juta)? Kini saya perlu cari duit tersebut,” kata Steiner.

Steiner turut menjelaskan ke­rosakan yang berpunca daripada kecuaian Schumacher musim lalu berjumlah AS$3 juta keseluruhan.

Justeru apabila pasukan itu bertindak menukar Schumacher kepada Nico Hulkenberg, ia satu keputusan yang mudah.

“Kami kehilangan sebuah jentera selepas lima minit, dan ­terpaksa membinanya semula.

“Kami tidak boleh mempunyai seorang pemandu yang saya tidak yakin mampu membawa jentera pasukan dengan selamat biarpun memandu di pusingan perlahan. Ia sangat mengarut,” tambah Steiner.

Hulkenberg berjaya membalas kepercayaan yang diberikan Haas apabila mengakhiri Grand Prix Australia awal bulan ini di tangga ketujuh.

Schumacher pula kini bertindak sebagai pelumba simpanan pasukan Mercedes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya