City jumpa Real di separuh akhir Liga Juara-Juara

City jumpa Real di separuh akhir Liga Juara-Juara

ERLING Haaland menebus kegagalan menyempurnakan sepakan penalti untuk meledak gol tunggal Manchester City di Munich.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Erling Haaland menebus kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti di babak pertama dengan meledak gol tunggal Manchester City ketika menyingkirkan Bayern Munich dari Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

City yang kalah dalam final 2021 menempah pertemuan dengan juara Eropah 14 kali, Real Madrid pada separuh akhir bulan depan selepas menang secara agregat 4-1.

Haaland meledak jaringan yang ke-48 bersama City untuk meletakkan kelab Liga Perdana Inggeris itu di depan pada minit ke-57 sebelum Joshua Kimmich menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti di minit ke-83.

Perlawanan berakhir dengan seri 1-1, namun kemenangan selesa 3-0 yang dilakar anak-anak buah Pep Guardiola di Manchester minggu lalu membolehkan mereka kekal di landasan memburu gelaran Eropah pertama.

Skuad The Citizens juga masih di landasan untuk memenangi gelaran

, namun Real yang perlu ditentang pada 9 dan 16 Mei depan adalah halangan yang amat besar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya