Bonus RM11 juta menanti bintang Manchester City

Bonus RM11 juta menanti bintang Manchester City

MANCHESTER City menjadi pilihan untuk mempertahankan kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bonus lebih 2 juta pound (RM11 juta) menanti setiap pemain utama Manchester City jika mereka memenangi kejuaraan treble bersejarah musim ini.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu mengesahkan tiket ke separuh akhir Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut kelmarin selepas menyingkirkan Bayern Munich secara agregat 4-1.

City akan menentang Sheffield United pada separuh akhir Piala FA malam ini sebelum bertemu Arsenal dalam dua pertembungan dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris, Khamis.

Juara bertahan itu empat mata di belakang Arsenal dengan satu perlawanan dalam tangan ketika mereka berhasrat menjadi kelab pertama sejak Manchester United pada 2009 menjulang tiga kejuaraan berturut-turut.

ERLING Haaland cemerlang pada musim pertamanya di Etihad.

Sistem bonus City distruktur secara individu dan bukan berdasarkan jumlah dipersetujui serta dikongsi dalam kalangan skuad.

Pemain dikatakan bakal meraih bonus 200,000 pound (RM1.09 juta) hingga 900,000 pound (RM4.94 juta) jika muncul juara liga, manakala jumlah ditawarkan untuk menjulang Piala FA agak kurang.

Pemain utama termasuk Kevin De Bruyne akan menerima bayaran kira-kira 1 juta pound (RM5.5 juta) jika berjaya membantu City menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama.

Kemenangan terakhir City di Eropah adalah pada 1970 dalam saingan Piala Pemenang Piala. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.