MADRID: Karim Benzema menolak tawaran menyertai bekas rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo beraksi di Arab Saudi, sebaliknya memilih untuk menyambung kontrak setahun lagi bersama Real Madrid.
Pada Januari lalu, Ronaldo membuat kejutan menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr dengan bayaran 173 juta pound (RM 954 juta) setahun.
Benzema, 35, yang menjadi tonggak Real ketika merangkul trofi Liga Juara-Juara, La Liga, Piala Dunia Kelab dan Piala Super UEFA tahun lalu sepatutnya tamat kontrak hujung musim ini, namun memanjangkan kepada Jun, 2024.
Selama 14 tahun bersama Los Blancos, bintang Perancis itu telah meledak 349 gol keseluruhan. Jaringannya meningkat sejurus Ronaldo meninggalkan Madrid pada 2018.
Biarpun Real mungkin sukar mempertahankan gelaran La Liga musim ini, namun mereka berpeluang merebut Copa del Rey apabila mara ke final, selain layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara kali 11 dalam tempoh 13 musim.
Selepas kariernya di Santiago Bernabeu tamat tahun depan, barulah dia boleh memikirkan sama ada mahu memiliki kelab baharu atau bersara. – AGENSI