Barca serius mahu bawa pulang Messi

Barca serius mahu bawa pulang Messi

LIONEL MESSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Naib Presiden Barcelona, Rafa Yuste mengesahkan, gergasi bola sepak Sepanyol itu telah menghubungi Lionel Messi tentang usaha membawanya pulang ke Camp Nou sebaik sahaja kontraknya bersama Paris Saint-Germain (PSG) tamat, Jun nanti.

“Saya masih kecewa dia tidak meneruskan kariernya di sini. Sudah tentu saya mahu dia kembali kerana dia adalah duta bukan sahaja dalam sukan, tetapi juga sosial dan ekonomi.

“Ya, kami berhubung de­ngan mereka (kem Messi). Kisah-kisah indah sepatutnya mempunyai pengakhiran menggembirakan. Antara kami masih ada ‘cinta’,” kata Yuste.

Dua tahun lalu, Barcelona tidak dapat menandatangani kontrak baharu dengan Messi kerana masalah kewangan, dan jika kelab itu serius mahu membawa kapten Argentina tersebut pulang, 150 juta euro (RM719 juta) harga yang perlu dibayar.

Pada masa sama, Yuste me­ngakui ada keperluan untuk mengurangkan kos kerana Barca hanya mempunyai dua bulan untuk menyerahkan ‘pelan kelestarian’ kepada Presiden La Liga, Javier Tebas.

Messi, 35, menyarung jersi Barcelona selama 17 tahun. Dia memulakan karier dari akademi kelab sebelum menyertai skuad utama dari 2004 hingga 2021.

Sepanjang kariernya yang gemilang, dia telah meledak 672 gol dalam 778 penampilan (semua pertandingan).

Bersama Messi, Barca me­rangkul pelbagai trofi dari Liga Juara-Juara, Piala Dunia Kelab, La Liga hingga ­Piala Sepanyol. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya