Atlet angkat berat dikawal ketat

Atlet angkat berat dikawal ketat

AYUB RAHMAT tidak mahu angkat berat terpalit lagi dengan isu doping.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara se­ring terpalit dengan doping, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mengenakan kawalan ketat terhadap semua atletnya dengan mewajibkan mereka memaklumkan keberadaan setiap hari menje­lang Sukan SEA 2023 di Kemboja, bulan depan.

Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat berkata, kawalan ketat itu dilakukan dengan kerjasama Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) yang akan membuat tinjauan mengejut ketika latihan.

Kata Ayub, semua atlet yang akan beraksi dalam Sukan SEA dari 5-17 Mei ini, selain Kejohanan Asia di Jinju, Korea Selatan (3-13 Mei) perlu mengisi borang tertentu bagi memudahkan agensi berkenaan menghubungi mereka sebelum membuat lawatan.

Katanya, ADAMAS turut melakukan pemeriksaan de­ngan mengambil sampel semua atlet setiap bulan sebagai usaha membendung isu sama berulang sebelum mereka berlepas ke dua negara ber­kenaan.

“Kami sediakan dua pasukan, satu ke Kemboja (Sukan SEA) dan satu lagi ke Korea (Kejohanan Asia). Ke Kemboja kita ada Erry Hidayat dan Daniel Dahlan sementara Korea kita hantar Aniq Kasdan dan Aznil Bidin untuk kutip merit ke Olimpik.

“Sebenarnya sejak saya ambil alih PABM pada 2018 kita telah mewajibkan semua atlet memaklumkan di mana mereka berada, cuma sekarang lebih diperketatkan sebab ADAMAS dan WADA akan buat tinjauan secara tiba-tiba.

“Bagi mengelak isu SUKMA (Sukan Malaysia) berulang, PABM bersama kedua-dua agensi itu akan menghubungi atlet untuk tahu keberadaan mereka sebelum datang buat pemeriksaan. Kami lakukan ini sebab mahu sifar doping,” katanya.

Dalam masa sama, Ayub menegaskan PABM turut menghantar dua atlet wanita ke temasya dwitahunan itu iaitu Nurul Atikah Sobri dan Nurul Syazwani Razi, ma­sing-masing akan bertanding dalam acara 59 kilogram (kg) dan 64kg.

Katanya, meskipun tidak memberi sasaran dalam sai­ngan wanita, namun jawatankuasa pemilihan atlet meletakkan kedudukan yang agak tinggi berdasarkan keputusan angkatan Sukan SEA di Hanoi, tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.