Arsenal perlu dapatkan Mane - Saha

Arsenal perlu dapatkan Mane – Saha

SADIO MANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal digesa menandatangani Sadio Mane, yang kini berdepan detik sukar bersama Bayern Munich susulan pergaduhan de­ngan rakan sepasukan, Leroy Sane.

Bekas bintang Liverpool itu didenda 350,000 euro (RM1.7 juta) dan digantung perlawanan gara-gara menumbuk muka Sane selepas kekalahan 3-0 kepada Manchester City dalam Liga Juara-Juara, Khamis lalu.

Sikap Mane, 31, menyebabkan dia tidak disenangi keba­nyakan rakan sepasukan, malah Bayern dikatakan akan mencari jalan untuk melepaskannya.

Bekas penyerang Manchester United, Louis Saha percaya sekarang waktu terbaik buat Gunners mendapatkan pe­nyerang Senegal itu yang tidak lagi selesa berada di Bayern.

SADIO Mane memeluk Bukayo Sako ketika majlis Ballon d’Or, Oktober lalu.

Mane juga mempunyai hubungan baik dengan bintang muda Arsenal, Bukayo Saka beberapa bulan selepas mereka bertemu pada majlis anugerah Ballon d’Or.

Sebelum majlis bermula, Mane dilihat memeluk Saka dan bersembang dengannya.

“Jika Bayern melepaskan Mane, saya rasa kelab Liga Perdana harus mempertimbangkannya.

“Mane membawa kualiti tinggi kepada mana-mana kelab kecuali Manchester United ke­rana dia bekas pemain Liverpool sejak bertahun-tahun.

“Walaupun tidak menunjukkan bahasa badan yang diharapkan, Mane mampu menguatkan Arsenal jika mereka mahu meneruskan penguasaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya