Al Nassr buru dua bekas jurulatih Ronaldo

Al Nassr buru dua bekas jurulatih Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Al Nassr menyasarkan dua bekas jurulatih Cristiano Ronaldo untuk menjadi bos baharu mereka selepas Rudi Garcia dipecat awal minggu ini kerana hubungan dingin dengan pemain.

Pasukan Liga Pro Saudi itu berminat menggantikan Garcia dengan jurulatih berprofil tinggi dan mereka telah mengenal pasti Zinedine Zidane serta Jose Mourinho sebagai calon ­berpotensi.

Terdapat laporan menyatakan Zidane dan Mourinho disenaraikan kerana pernah ­bekerjasama dengan Ronaldo, yang menyertai kelab itu pada Januari lalu.

Ronaldo bermain di bawah kedua-dua pengurus tersebut ketika di Real Madrid, dan dia menikmati kejayaan besar bersama Zidane dan Mourinho.

Potensi Zidane untuk ­melatih Al Nassr lebih besar kerana jurulatih berumur 50 tahun itu tidak terikat dengan mana-mana ­pasukan sejak meninggalkan Real pada 2021.

CRISTIANO RONALDO

Mourinho sebaliknya mema­suki musim kedua membimbing kelab Itali, Roma dan jurulatih dari Portugal itu mempunyai baki setahun dalam kontraknya.

Mourinho menguruskan Ronaldo selama tiga musim di Santiago Bernabeu antara 2010 dan 2013. Dalam tempoh itu, Ronaldo menjaringkan 168 gol dalam 164 penampilan.

Pasangan itu juga memenangi kedua-dua kejuaraan liga dan Copa del Rey bersama sebelum pemergian Mourinho, dan ­Ronaldo kemudian bermain di bawah Zidane.

Antara 2016 dan 2018, ­Ronaldo menjaringkan 112 gol dalam 114 perlawanan dan memenangi tiga Liga Juara-Juara berturut-turut serta gelaran liga Sepanyol.

Pemain berumur 37 tahun itu juga menikmati permulaan musim yang baik di Arab Saudi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya