Ainaa selangkah hampiri Kejuaraan Skuasy Dunia

Ainaa selangkah hampiri Kejuaraan Skuasy Dunia

NOOR AINAA AMANI AMPANDI (kiri) membalas pukulan Saskia Beinhard pada separuh akhir Kelayakan Kejuaraan Dunia di Kelab Edgbaston Priory, Birmingham, England semalam. - Ihsan Squashsite.com
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain muda negara, Noor Ainaa Amani Ampandi mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas mengejutkan pilihan kedua, Saskia Beinhard pada separuh akhir Kelayakan Kejuaraan Dunia di Kelab Edgbaston Priory, Birmingham, England, semalam.

Anak kelahiran Kuala Lumpur berusia 21 tahun itu terus mempamerkan aksi konsisten apabila dia melakar kemenangan ke atas wakil Jerman 11-8, 11-6, 11-5 dalam masa 23 minit.

Ainaa yang kini memburu slot ke Kejuaraan Dunia yang bakal berlangsung di di Chicago, Amerika Syarikat, Mei ini hanya selangkah untuk merealisasikan impia itu apabila dia bakal bertemu Katerina Tycova juga dari Jerman bagi menentukan siapa yang berjaya berbuat demikian.

“Kebanyakan tekanan bukan dekat Ainaa, saya hanya nak bagi yang terbaik dan fokus kepada perancangan yang telah diatur dan ini kali pertama Ainaa bertemu Beinhard,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai perlawanan akhir bertemu Tycova, Ainaa yang kini melonjak ke ranking 83 daripada 90 dunia memberitahu, dia akan berbincang dengan jurulatih, Andrew Cross mengenai percaturan strateginya dan berharap dapat bermain dengan baik sepanjang final nanti.

Turut mengiringi Ainaa ke final, tiga lagi pemain Malaysia dalam saingan wanita iaitu pilihan ketiga, Aira Azman, Chan Yiwen dan J. Yasshmita, manakala, Ivan Yuen menjadi wakil tunggal negara untuk aksi lelaki selepas Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar tersingkir.

Aira tidak berdepan masalah untuk mengetepikan pemain Alex Haydon dari Australia menerusi kemenangan straight set 11-6, 11-3, 11-8 dalam masa 20 minit dan pada final malam ini (waktu Malaysia), dia akan berdepan pilihan ke-10, Menna Hamid dari Mesir.

Dalam satu lagi final, bakal menyaksikan pertembungan dua pemain negara, Yiwen dan Yasshmita bagi merebut satu daripada enam slot yang ditawarkan ke Kejuaraan Dunia.

Yiwen, semalam, menewaskan pemain Switzerland, Nadia Pfister 5-11, 11-4, 11-5, 11-9, manakala, Yasshmita mengalahkan Kiera Marshall dari England 7-11, 3-11, 11-6, 11-9, 13-11.

Sementara itu, pilihan keempat, Ivan Yuen menjadi satu-satunya wakil Malaysia dalam saingan lelaki pada perlawanan akhir selepas dia menundukkan Yannick Wilhelmi dari Switzerland 7-11, 11-6, 11-3, 9-11, 11-5 dalam masa 54 minit.

Ivan bakal berdepan wakil tuan rumah, Finnlay Withington pada final malam ini.

Nasib berbeza menimpa abang ipar kepada Aira, Addeen apabila dia kecundang di tangan pemain England, James Peach 11-5, 11-7, 5-11, 4-11, 3-11 dalam masa 57 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya