Wang gagal 'beli' kejayaan buat PSG di pentas Eropah

Wang gagal ‘beli’ kejayaan buat PSG di pentas Eropah

BAYERN Munich melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan PSG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Paris Saint-Germain (PSG) sekali lagi menjadi bukti bahawa wang tidak mampu membeli kejayaan apabila tersingkir pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Impian kelab kaya Perancis yang dimiliki oleh jutawan Qatar itu untuk mengangkat trofi elit Eropah masih tidak kesampaian apabila tumpas 2-0 kepada Bayern Munich pada aksi kedua pusingan 16 akhir, sekali gus tersingkir secara agregat 0-3.

Ini kali kelima daripada tujuh musim PSG ditunjukkan jalan keluar pada peringkat 16 terakhir.

Walaupun diperkuatkan dengan kehadiran dua bintang Piala Dunia, Lionel Messi dan Kylian Mbappe dalam kesebelasan utama, namun kedua-duanya gagal menyerlah hari ini.

PSG terus buntu untuk membolosi pertahanan kental Bayern dalam 180 minit permainan (termasuk aksi pertama, kalah 0-1 di laman sendiri).

Pada malam yang dingin di Munich, perjuangan pendahulu Ligue 1 itu ‘dibunuh’ oleh jaringan Eric Maxim Choupo-Moting pada minit ke-61, diikuti Serge Gnabry, minit ke-89.

Perancangan taktikal pengendali Munich, Julian Nagelsmann untuk menggagalkan ketangkasan Mbappe membuahkan hasil apabila pergerakan bintang Perancis itu sering terbatas.

Messi pula masih tenggelam dengan kejayaan menjulang Piala Dunia 2022 bersama Argentina tiga bulan lalu apabila gagal menghadirkan sebarang ancaman.

Juara Bundesliga, Bayern sebaliknya mempamer persembahan profesional untuk menyalakan harapan melangkah ke final di Istanbul, Jun ini.

Kekentalan pertahanan mereka, Matthijs de Ligt menyekat percubaan pemain lawan, Vitinha pada minit ke-38 antara detik yang membawa perubahan kepada pasukannya.

PSG yang kehilangan ketua pasukan, Marquinhos akibat kecederaan pada minit ke-36 bagaikan menyerah di babak kedua dan gagal bangkit daripada kekalahan 0-1 dalam aksi pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya