Sang Badak sedia gempur Harimau Selatan

Sang Badak sedia gempur Harimau Selatan

PEMAIN Sabah FC tiba di Johor Bahru semalam untuk menghadapi JDT dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam ini. – IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sukar tetapi tidak mustahil.

Itu penegasan Datuk Ong Kim Swee mengenai peluang Sabah FC untuk mengejutkan pasukan yang tidak mampu ‘­disentuh’, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pertembungan dua gergasi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Jika JDT memenangi semua lima perlawanan mereka musim ini, skuad Sang Badak bimbi­ngan Kim Swee pula belum ­pernah kalah apabila menang empat dan seri sekali.

JDT mengungguli liga dengan memegang ke­lebihan dua mata ke atas Sabah, namun berdepan isu kecederaan tonggak yang memaksa pengendali mereka, Esteban Salori melakukan rombakan.

“Semua orang tahu JDT pasukan paling konsisten. Mereka sangat konsisten pada musim-musim sebelumnya dan telah mempertingkat kekuatan musim ini.

“Apa pun, tiada apa yang mustahil dalam bola sepak. Lagipun, apa sahaja yang berlaku esok (malam ini) tidak akan menentukan siapa bakal bergelar juara Liga Super musim ini,” kata Kim Swee kepada Utusan Malaysia.

Kim Swee berharap lima tonggak Harimau Malaya yang baru kembali daripada tugasan antarabangsa, Darren Lok, Daniel Ting, Stuart Wilkin, Damien Lim dan Dominic Tan mampu memainkan peranan besar untuk menjinakkan Harimau Selatan di depan penyokong mereka.

Begitupun, melihat kepada statistik juara sembilan kali berturut-turut, JDT musim ini, Sabah nyata perlu memberikan prestasi lebih daripada 100 peratus untuk mencuri mata.

Harimau Selatan bukan sahaja tidak terlawan dalam lima perlawanan terakhir, malah ­meledak 21 gol keseluruhan dan hanya bolos sekali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya