Ronaldo ‘mengamuk’ kalah kali pertama

Ronaldo ‘mengamuk’ kalah kali pertama

REAKSI Cristiano Ronaldo selepas Al-Nassr tumpas kepada Al-Ittihad dalam aksi Liga Pro Saudi di Stadium King Abdullah Sport City, Jeddah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Cristiano Ronaldo me­ngamuk dengan menyepak botol-botol air minuman selepas tewas dalam perlawanan liga pertamanya sejak tiba di Arab Saudi.

Kapten Portugal berusia 38 tahun itu menunjukkan kemarahan selepas kelabnya, Al-­Nassr dikalahkan 1-0 oleh ­pen­cabar rapat, Al-Ittihad di tempat lawan semalam.

Kekalahan tersebut menyak­sikan Al-Ittihad merampas takh­ta liga dengan 47 mata, satu mata mengatasi Al-Nassr.

Awalnya, Ronaldo memuji dan menepuk tangan ke arah peminat, namun semasa keluar padang, dia mengangkat tangan ke udara dan menendang botol plastik ketika rakan sepasukannya cuba untuk menenangkan.

Kekalahan itu adalah yang kedua buat Al-Nassr dalam sai­ngan Liga Pro Saudi musim ini, namun yang pertama buat Ro­naldo sejak ketibaannya, Janua­ri lalu.

Bekas bintang Real Madrid, Manchester United dan Juventus itu yang menandatangani kontrak bernilai 173 juta pound (RM931 juta) setahun telah meledak lapan gol dalam empat perlawanan, menjadikannya pe­main terbaik Februari.

Bagaimanapun, dia gagal memecah kebuntuan semalam.

Penyerang Al-Ittihad, Roma­rinho meledak gol tunggal pada minit ke-80 bagi memastikan kemenangan dan aksi itu berlaku hanya 10 minit selepas dia melepaskan tendangan voli dari garisan.

Semasa jaringan itu dihasilkan, Ronaldo dilihat meletakkan tangan di ping­gul dan wajahnya sa­ngat kecewa dengan rakan sepasukan.

Ronaldo berjaya mela­kukan satu-satunya percuban tepat ke gawang lawan pada masa kece­deraan, namun rembatannya berjaya dihalang oleh penjaga gol Al-Ittihad.

Dia kemudian dilihat me­lalui te­ro­wong stadium dengan tergesa-gesa dan dalam keadaan marah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya