HIDANGAN makaroni bakar yang ringkas dan mudah sesuai untuk dihidang pada bila-bila masa.
Kandungannya yang memenuhi keperluan harian juga mampu menjadikan juadah ini sebagai menu utama.
Apabila dibakar, aroma dari minyak sapi mengharumkan seluruh rumah dan keenakan gabungan bahannya dapat dirasakan dalam setiap potongan
Resipi mudah makaroni bakar ini dikongsikan oleh Noor Haslindah Abd. Rahman. Jom cuba.
BAHAN-BAHAN
– 500 gram makaroni
– 800 gram ayam kisar
– Lada hitam
– Lada putih
– Daun sup
– Bawang goreng
– 2 tin cendawan butang
– 2 tin puri tomato
– Minyak sapi
– 13 biji telur
PENYEDIAAN
– Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan.
– Gorengkan 800 gram ayam kisar tanpa minyak dan taburkan sedikit lada hitam dan putih.
– Potongkan dua tin cendawan butang Hiriskan daun sup.
– Pecahkan 13 biji telur (asingkan 3 biji)
– Campurkan semua di atas.
CARA MEMASAK
– Sapukan dulang pembakar dengan minyak sapi.
– Tuangkan campuran bahan tersebut ke dalam dulang.
– Tuangkan sedikit lebihan telur ke atas bahan sehingga tenggelam.
– Bakar dalam ketuhar dengan suhu 350 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak.
TIPS
Untuk pastikan makaroni sudah masak sepenuhnya, cucukkan lidi pada makaroni dan tarik semula. Sekiranya tidak melekat, bermakna sudah masak.









