Ronaldo masih berbisa, ledak gol dan cipta rekod

Ronaldo masih berbisa, ledak gol dan cipta rekod

CRISTIANO Ronaldo pecah rekod lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Cristiano Ronaldo membuktikan masih banyak yang boleh ditawarkan kepada bola sepak pada usia 38 tahun apabila meledak dua gol dan memecah rekod rekod penampilan antarabangsa terbanyak ketika membantu Portugal membelasah Liechtenstein 4-0 dalam kelayakan Euro 2024 pagi tadi.

Bekas bintang Real Madrid itu yang diketepikan dalam kesebelasan utama pada Piala Dunia di Qatar, Disember lalu meraih penampilan ke-197 buat negaranya di Lisbon selepas disenaraikan untuk memulakan aksi.

Itu menjadikannya pemain lelaki paling banyak membuat penampilan antarabangsa selepas penyerang Kuwait, Bader Al-Mutawa (196).

Legenda bola sepak Malaysia, Datuk Soh Chin Ann (195 penampilan) berada di kedudukan ketiga, diikuti dua bintang Mesir, Ahmed Hassan (184) dan Ahmed Mubarak (183).

Ronaldo meledak gol pada minit ke-51 menerusi sepakan penalti untuk kedudukan 3-0 selepas Joao Cancelo dan Bernardo Silva terdahulu membuka jaringan tuan rumah.

Hanya 12 minit berselang, kapten Portugal itu melengkapkan kemenangan 4-0 pasukannya menerusi sepakan percuma.

Ia membolehkan Ronaldo melebarkan rekod jaringan kepada 120 gol buat negaranya dan menjadi pemain pertama meledak aksi kompetitif.

“Mencipta rekod adalah motivasi saya.

“Saya mahu menjadi pemain paling banyak beraksi dalam sejarah. Itu akan membuatkan saya berasa sangat bangga.

“Bagaimanapun, ia tidak akan terhenti di sini, saya sentiasa mahu disenaraikan dengan kerap,” kata penyerang Al Nassr itu.

Ronaldo melakukan penampilan antarabangsa pertama pada 2003 dan menjadi pemain pertama menjaringkan gol dalam lima Piala Dunia tahun lalu sebelum Portugal kalah kepada Maghribi di suku akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya