Pochettino, Tuchel antara 5 calon ganti Conte

Pochettino, Tuchel antara 5 calon ganti Conte

ANTONIO CONTE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ekoran teguran ‘pe­das’ yang dilemparkan terhadap pemainnya sendiri, Antonio Conte dijangka dipecat sebagai pengendali Tottenham pada bila-bila masa.

Jurulatih dari Itali berusia 53 tahun itu mengkritik pemain selepas Spurs gagal mempertahankan kelebihan 3-1 ketika diikat 3-3 oleh kelab tercorot Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

“Masalah kami ialah tidak bermain sebagai satu pasukan sedangkan kami ada 11 pemain. Saya lihat pemain mementingkan diri sendiri. Mereka tidak mahu membantu satu sama lain.

“Sikap ini sama setiap musim, tidak kira siapa pe­ngurus. Mereka tidak mahu bermain di bawah tekanan. Beginilah kisah Tottenham. Dua puluh tahun ada pemilik dan mereka tidak pernah menang sesuatu, kenapa?

“Kesalahan ini tanggungjawab kelab atau pengurus.

“Saya pernah lihat Tottenham menyimpan pengurus di bangku simpanan. Anda ­berisiko mengganggu keadaan pengurus itu sementara cuba melindungi situasi lain,” katanya.

Teguran keras Conte itu bakal menyebabkan dia hilang pekerjaan, dan pemilik kelab, Daniel Levy mula mengintai calon pengendali baharu dalam masa terdekat.

MAURICIO POCHETTINO

Ada lima nama disebut-sebut sebagai pengganti Conte, diketuai bekas pengurus Spurs, Mauricio Pochettino, Ryan Mason, Thomas Tuchel, Paulo Fonseca dan Brendan Rodgers.

Pochettino, 51, membawa Tottenham melayakkan diri ke final Liga Juara-Juara pada 2019 dengan bajet yang kecil sebelum kalah 0-2 kepada ­Liverpool.

Dia kemudian membim­bing Paris Saint-Germain (PSG) pada 2021 tetapi dipecat hanya selapas semusim.

RYAN MASON

Berusia 31 tahun, Ryan Mason pernah menggalas tugas pengurus sementara Spurs selepas pemecatan Jose Mourinho pada April 2021. Pelantikannya dilihat mampu menjadi langkah pengura­ngan kos.

THOMAS TUCHEL

Bekas pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, 49, mampu menjadi daya tarikan Spurs kerana pernah membimbing Blues menjuarai Liga Juara-Juara pada 2020.

PAULO FONSECA

Paulo Fonseca, 50, sebelum ini disebut-sebut sebagai calon pengurus Spurs pada Jun 2021 sehinggalah Levy melakukan perubahan saat akhir yang menyaksikan Nuno Espirito Santo mengambil alih tugas.

BRENDAN RODGERS

Dua kali terlepas ke Liga Juara-Juara bersama Leicester City, penyokong The ­Foxes me­rasakan sudah sampai masanya khidmat Rodgers ditamatkan.

Bekas pengurus Liverpool itu mendapat pujian melam­bung selepas membawa Leicester kembali ke pentas Eropah dan muncul juara Piala FA 2021.

Begitupun, mereka kalah empat daripada lima aksi ter­akhir liga meletakkan The ­Foxes di tangga keempat ter­corot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya