Pertembungan Itali, England amat klasik

Pertembungan Itali, England amat klasik

PEMAIN Itali melakukan persiapan semalam untuk menghadapi England dalam kelayakan Euro 2024 esok. - IHSAN ITALI FOOTBALL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAPLES, Itali: Roberto Mancini percaya, pertembungan Itali menentang England cukup ‘klasik’ ketika kedua-dua pasukan bersedia untuk bertempur dalam aksi pembukaan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024 esok.

Skuad Azzurri mengecewakan Three Lions dalam perlawanan akhir Euro 2021 di London menerusi penentuan sepakan penalti.

Itali dan England kemudian seri tanpa jaringan dalam sai­ngan Liga Negara-Negara, Jun lalu sebelum Giacomo Raspadori memastikan

kemenangan 1-0 buat anak-anak buah Mancini dalam pertemuan terakhir mereka tiga bulan kemudian.

England akan memiliki satu lagi peluang untuk melunaskan dendam dalam aksi Kumpulan C di Stadium Diego Armando Maradona, dan Mancini ­menjangkakan cabaran getir bakal dihadirkan oleh anak-anak buah Gareth Southgate.

“Bagi saya, perlawanan ini sangat klasik. England dan Itali banyak kali bertemu, sama ­seperti Itali dan Jerman pada masa lalu.

“Sejak sekian lama mereka menjadi pasukan yang hebat, penuh dengan pemain berbakat, dengan kekuatan dan teknik. Ini akan menjadi perlawanan yang sukar sama seperti yang lain.

PEMAIN England melakukan persiapan menjelang pertembungan menentang Itali esok. – IHSAN ENGLAND FA

“Mereka mempunyai lebih banyak pilihan daripada kami atas banyak sebab, namun di Naples kami mahu bermain dengan baik dan memulakan aksi kelayakan ini dengan bagus,” katanya.

Mancini gagal membawa Itali ke Piala Dunia 2022 di Qatar, namun dia menegaskan yang mereka kini sedang dalam ­proses pembinaan semula.

“Kami berdepan kesukaran dalam kelayakan Piala Dunia, namun selain daripada itu, ­pasukan kami sentiasa beraksi cemerlang.

“Kami beraksi dua kali dalam perlawanan akhir Liga Negara-Negara, dan akan menentang Sepanyol pada separuh akhir, (Jun 2023), ini nilai pasukan.

“Kami perlu membina semula sesuatu yang penting kerana untuk menang pasukan ini mesti ada asas yang kukuh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya